Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN
SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


sila kilk banner di atas untuk membuat semakan


ANAK adalah anugerah yang amat berharga daripada Allah kepada ibu bapa. Mereka adalah faktor termeterainya hubungan kasih mesra yang lebih intim di antara ibu dan bapa. Sebab itu Allah menjelaskan di dalam banyak ayat menerusi al-Quran yang menggambarkan kegembiraan ibu bapa apabila menimang cahaya mata.

Tanggungjawab pasangan selepas dikurniakan anak ialah memastikan mereka mendapat 'pentarbiyahan' dan pendidikan serta kasih sayang yang secukupnya. Mereka perlu memastikan anak dibesarkan melalui teknik pendidikan cara Islam yang sempurna supaya dia tidak menjadi 'fitnah' kepada ibu bapa seperti dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hartamu dan anakmu hanyalah cubaan (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar" (Surah At Taghaabun - Ayat 15).

Sikap tidak mengambil berat terhadap usaha 'mentarbiyah' anak akan menyebabkan ibu bapa turut mendapat saham di atas segala tindak-tanduk anak mereka. Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya ialah malaikat yang kasar, keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Surah At Tahrim - Ayat-6). Kewajipan menjaga anak adalah jelas dan ibu bapa yang tidak menjelaskan hukum halal haram kepada anak akan dihukum oleh Allah.
INVENTION THAT USES SAND TO CLEAN OFF ENGINE PARTS

While most people mope and whine about the hike in fuel prices, lecturer Fauzi Zakaria, 37, was inspired to innovate an engine component cleaner which uses sand instead of diesel.

Together with his Pusat Giat Mara Bachok colleague Alias Endut, 56, and students Mohd Ayub Jaafar, 20, Mohd Syuwari Mohd Salleh, 19, and Mohd Khaidir Mohd Asri, 19, their innovation won the best overall award at the sixth Mara Invention and Innovation competition held recently at Insitut Kemahiran Mara, Johor Baru.

click the pic above for more details
GIATMARA DAPAT RM54 JUTA BASMI MISKIN

GiatMara menerima peruntukan RM54 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua bagi membantu golongan miskin tegar keluar dari kepompong kemiskinan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd. Majid.

Katanya, peruntukan tersebut adalah untuk 11 buah negeri kecuali Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang sudah menerima peruntukan berkenaan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelumnya.

"Peruntukan RM54 juta itu disalurkan melalui Program Latihan Menjana Pendapatan (PLMP) dan Program Giat Dekat Rakyat (PGDR)," katanya selepas menghadiri majlis penutupan kursus PLMP anjuran agensi itu di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas.

Menurut Meriyam melalui PLMP, pelatih diberi kemahiran membuat pelbagai jenis produk mengikut minat peserta yang dikendalikan oleh mentor terlatih, memiliki teknologi dan berpengalaman dalam perniagaan produk tertentu.

Katanya, selepas menamatkan kursus, mentor bertanggungjawab memantau kemajuan pelatih dengan membantu mereka memasarkan produk yang dihasilkan kepada pelanggan.

"Misalnya, jika mentor itu seorang pengusaha kek dan mendapat tempahan kek yang banyak, mentor itu akan meminta pelatih membekalkan kek kepadanya untuk dibekalkan kepada pelanggan," katanya.

Melalui cara itu, katanya, pelatih, selain mendapat pendapatan, sedikit demi sedikit akan meningkatkan kemahiran, keyakinan dan pengalaman mereka sebelum berupaya membuka perniagaan sendiri.

PGDR pula, katanya, adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar memperbaiki atau menyalurkan kemudahan yang diperlukan golongan tersebut sehingga boleh berdikari.

Sebagai contoh, katanya, jika golongan sasar ialah seorang nelayan dan botnya rosak, GiatMara akan membantu memperbaiki bot berkenaan menggunakan kemahiran pelatih agensi itu yang menuntut di pusat GiatMara berdekatan.

Katanya, setakat ini seramai 1,800 orang sudah menyertai kursus tersebut dan berdasarkan kajian Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri, hasilnya amat memberangsangkan.

Di Sabah sahaja, katanya sebanyak 75 kursus dan latihan telah dijalankan melibatkan seramai 1,200 perserta dengan kos berjumlah RM4 juta sejak 2007
PENSTRUKTURAN SEMULA MARA

Shafei memerhatikan seorang pelatih GIATMARA sedang membaiki motosikal


Perubahan dibuat bagi perbaiki kelemahan berdasarkan KPI

SEMPORNA: Beberapa kelemahan Mara meningkatkan kemampuan Bumiputera dalam bidang pelajaran dan keusahawanan akan diatasi melalui penstrukturan semula Mara, awal tahun depan.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna agensi kerajaan bertanggungjawab meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam kedua-dua bidang itu gagal berfungsi, sebaliknya lebih bersifat melaksanakan pembaharuan sebagai sebahagian daripada indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kertas cadangan penambahbaikan akan dibentangkan tahun depan sebelum diteliti pada peringkat kementerian.

"Kita tidak mahu melihat Mara sebagai payung Bumiputera. Sebaliknya, kita mahu program pelajaran dan keusahawanan Mara benar-benar mencapai matlamat.

"Walaupun sudah mencapai pelbagai kejayaan, masih ada kelemahan yang harus kita teliti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Mara Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Semporna, di sini semalam. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Mara (Keusahawanan), Datuk Othman Ahmad.

Mohd Shafie berkata, beliau secara peribadi sudah berbincang dengan tokoh akademik dan ahli perniagaan Bumiputera yang mencadangkan beberapa usaha menambah baik Mara dilaksanakan berikutan pelbagai cabaran semasa dan akan datang di peringkat domestik serta global.

Beliau juga berkata, kementerian pada peringkat akhir meneliti cadangan memberi hak milik tanah kepada orang Asli di Semenanjung, bagi membolehkan mereka bertani secara konsisten berbanding secara nomad sekarang.
RM 230 JUTA UNTUK PENIAGA BUMIPUTERA

LANGKAWI: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengeluarkan pinjaman lebih RM230 juta kepada 5,227 usahawan Bumiputera seluruh negara bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek, berkata bagaimanapun jumlah itu tidak cukup bagi membiayai keseluruhan permohonan pinjaman yang sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.

"Walaupun Mara terpaksa menghadkan jumlah pembiayaan disebabkan masalah peruntukan, program membantu usahawan Bumiputera tetap diteruskan menerusi pelbagai sumber lain, malah proses kelulusan turut dipercepatkan.

"Antara sumber pembiayaan Mara adalah menerusi kutipan semula pembiayaan yang dikeluarkan kepada usahawan kecil," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Mara (Aura) 2009 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Mara, Datuk Idris Jusoh dan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Datuk Othman Ahmad.

Hassan berkata, daripada pembiayaan itu, Mara turut mensasarkan melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang mengaplikasi kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) seperti dikehendaki Kementerian Kerjaraya.

"Keputusan kerajaan untuk mewajibkan 70 peratus pembinaan negara menggunakan IBS adalah peluang baru bagi usahawan Bumiputera untuk menceburi perniagaan bersesuaian yang boleh memberi keuntungan berganda.

"Kalau tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan berasaskan IBS, datanglah berjumpa Mara, cuma jangan bersikap seperti kacang lupakan kulit dan sentiasa bersikap proaktif untuk membuat bayaran balik pinjaman," katanya.
5S

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan.

Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing
Objektif Utama Program 5S

� Membina budaya Kaizen di tempat kerja

� Membina kerjasama melalui penyertaan semua

� Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

� Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

� Pendekatan Kaizen

� Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

� Mengamalkan budaya kerja 5S

� Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

� Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

� Meluangkan masa untuk 5S

� Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

� Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

Apa Itu 5S

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Perlaksanaan 5S

Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)

 Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

 Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.

 Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.

 Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

 Semua tempat dokumen atau barang diberi label.

 Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

 Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan

 Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan

 Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan

 Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

 Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

 Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
 Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
 Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S

 Pertandingan antara organisasi 5S
 Anugerah amalan 5S
 Organisasi model

Pelaksanaan 5S yang Berkesan

Untuk mendapat hasil yang optimum daripada pelaksanaan 5S di organisasi kita, beberapa perkara berikut boleh membantu :

� Dapatkan sokongan dari peringkat pihak pengurusan atasan. Komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi pelaksanaan 5S selain mampu memberi kesan yang lebih berpanjangan.

� Sediakan prasarana yang bersesuaian. Adalah penting dikenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan 5S dalam organisasi. Untuk itu adalah perlu diwujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan 5S

� Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kita kepada staf lain. Untuk itu beberapa kaedah boleh digunakan misalnya :
a. Melalui mesyuarat
b. Menggunakan intranet atau laman web organisasi
c. Papan kenyataan
d. Poster
e. Surat Berita Dalaman ( Newsletter)

� Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam 5S dan staf lain di organisasi kita. Adalah perlu dirancang latihan asas 5S kepada setiap staf. Ini bagi membolehkan seluruh staf organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam 5S

� Mulakan dengan projek perintis 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan staf tidak "teringin" untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi.

� Wujudkan dan kongsikan Best Practices. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan staf yang lain.

� Sediakan pelan pelaksanaan 5S yang menyeluruh. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklumbalas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan 5S organisasi

� Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan 5S di organisasi kita lebih "segar".

MUFTI RUSIA KOMEN AYAT PADA KULIT BAYI















MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

TEMUDUGA TERBUKA

KEMASUKAN JANUARI 2010
BAGI KURSUS KURSUS

PENDAWAI ELEKTRIK
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
FASHION & DRESSMAKING

AKAN DIADAKAN PADA :

01/12/09
02/12/09
03/12/09

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS KURSUS BERKENAAN SILA HADIR TEMUDUGA PADA TARIKH SEPERTI YANG DINYATAKAN

TIP MENGHAMPAKAN PENCURI HP

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah.

Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri.. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan * # 0 6 #.

Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.Sekiranya telefon bimbit anda hilang,anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,Maxis atau Digi.Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan.

Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.