Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN
WAKA WAKA
ESTO ES AFRICA



The 2010 FIFA World Cup will be the 19th FIFA World Cup, the premier international football tournament. It is scheduled to take place between 11 June and 11 July 2010 in South Africa.

As the host nation, South Africa qualified automatically for the tournament. Nonetheless South Africa participated in World Cup qualifiers because the CAF qualifiers also served as the qualifying tournament for the 2010 African Cup of Nations.

They were the first host since 1934 to participate in preliminary qualifying. As happened in the previous tournament, the defending champions were not given an automatic berth, and Italy had to participate in qualification.

This round world cup features Zakumi as the Mascot. Zakumi is a fluffy young leapord, with green dreadlocks and a wide happy smile. FIFA has announced the slogan for the mascot as:


GIATMARA PASARKAN KAPAL LAYAR

Pemasangan tiang kapal layar Warisan Duyong GM 1 sempena program pembinaan kapal layar tradisional Terengganu kerjasama antara GiatMara dengan Custom Made Wooden Yachts di Pulau Duyung, Kuala Terengganu

GiatMara akan mengkomersialkan bidang pembuatan kapal layar tradisional Terengganu bagi menghasilkan lebih banyak kapal jenis itu untuk pasaran luar negara.

Jika segalanya berjalan lancar, GiatMara akan melaksanakan sistem pemasaran kapal-kapal itu menerusi internet bagi tujuan pengiklanan bagi membolehkan kapal tersebut dijual.

Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Abd. Moin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kapal layar tradisional yang memiliki keunikan tersendiri iaitu diperbuat tanpa menggunakan paku, kini menarik minat negara-negara rantau Eropah.

Menurutnya, sebuah kapal layar tersebut mampu dijual pada harga minimum RM4 juta dan buat masa ini, sebuah kapal jenis itu yang hampir siap sudah menerima tawaran harga RM3.5 juta.

"Apabila siap nanti, sebuah kapal layar tradisional ini boleh dijual pada harga minimum RM4 juta dan kita akan tengok bidaan yang tertinggi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan kerja-kerja mendirikan tiang layar Warisan Duyong GM I di Jeti MSET di Pulau Duyong di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri, Timbalan I Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Abd. Halim Mansor dan Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad.

Shahiruddin berkata, ketika ini, beberapa buah negara antaranya Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Kanada dan Perancis berminat untuk membeli kapal layar hasil buatan tradisional pakar tempatan, Abdullah Muda yang juga pemilik bengkel Custom Made Wooden Yachts.

Pada masa ini juga, jelasnya, bagi membantu kerja-kerja Abdullah menyiapkan kapal layar Warisan Duyong GM I itu, empat tenaga pengajar dan enam pelatih GiatMara turut terlibat menghasilkan kapal itu dalam tempoh dua tahun untuk siap.

Justeru itu, katanya, GiatMara akan mengadakan kerjasama dengan MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd., anak syarikat milik bumiputera tempatan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang pembinaan kapal layar tradisional.

"Sekarang, sebuah kapal layar siap dibina dalam tempoh dua tahun dan sekiranya dikomersialkan nanti, dengan adanya lebih ramai tenaga mahir, dalam tempoh serupa ia boleh siap antara dua hingga tiga buah.

"Kita akan ambil pelatih dari kalangan keluarga miskin di negeri ini, tak kira sama ada mereka tak tahu membaca atau menulis, yang penting ada minat," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0601&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm&arc=hive