Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

KERETA TERKUNCI DARI DALAM




Pernahkah anda tertinggal kunci di dalam kereta ? Semestinya anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu ( bagi kereta yang menggunakan sistem penggera sahaja ) Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.


Minta dia ambilkan kunci pendua (remote) kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira satu kaki dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.


Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Selamat mencubanya.