Rakan GM Bachok

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

Hati hati ketika online menggunakan Smartphone anda





Session Hijacking by ARP-Spoofing adalah satu teknik dimana penggodam akan berada di antara phone anda dengan accses point ataupun router. Kaedah MIM ( Men In the Middle ) ini amat popular digunakan berbanding penggunaan http protocol.


Social Network seperti Facebook, Twitter dan sebagainya menjadi tarikan utama bagi penggodam untuk mendapatkan maklumat sensitif seseorang. Kebiasaan, bagi mereka yang menggunakan Smartphone, sudah semestinya akan Online Social Network mereka menggunakan smartphone di kawasan kawasan yang terdedah seperti public internet dan free hot-spot.


Untuk makluman anda, terdapat satu apps Android yang digunakan untuk capture session mangsa. Apps ini dinamakan DroidSheep.


DroidSheep berfungsi sebagaimana FireSheep.
Kebanyakkan smartphone masih lagi belum menggunakan https protocol yang di mana maklumat dihantar di dalam keadaan terdedah tanpa sebarang encryption ( kod penyulitan ).


Setakat ini hanya ada satu software sahaja yang dapat menjadi 'pendinding' daripada penggodam, DroidGuard. Namun ianya dapat juga dipecah masuk oleh penggodam expert bagi mencari sesuatu yang berharga di dalam smartphone anda.


 

Belia digesa rebut peluang belajar ilmu kemahiran





Golongan belia digesa merebut peluang mengikuti pendidikan dalam latihan yang ditawarkan memandangkan pasaran kerja kini memerlukan pekerja berkemahiran.


Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) Norol Azali Sulaiman berkata, golongan tersebut dilihat kurang berminat menceburi bidang kemahiran sedangkan bidang tersebut mampu diperluas menjadi jenis perniagaan yang menjana pulangan lebih lumayan.


"Kita sentiasa menggalakkan belia memilih bidang kemahiran sebagai landasan untuk meningkatkan taraf hidup malah GIATMARA di seluruh negara menawarkan pelbagai kursus latihan yang bersesuaian dengan pasaran kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan pelatih Selatan Thailand, di sini, hari ini.


Beliau berkata, usahasama dengan kerajaan Thailand dapat mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara malah sejak tahun 2001, GIATMARA telah berjaya melatih 390 pelatih dari negara itu.


Bagi sesi tahun ini, seramai 24 pelatih berumur 17 hingga 28 tahun dari negara jiran itu akan mengikuti kursus selama sembilan bulan di sembilan GIATMARA seluruh negara.


Setiausaha Pertama Kedutaan Diraja Thailand di Malaysia, Romdej Phisalaphong berkata pihaknya menggalakkan rakyatnya terutama di selatan negara itu mengambil peluang menimba ilmu di sini bagi meningkatkan taraf hidup mereka. 


"Kami percaya dengan menghantar belia kami (mengikuti latihan) di negara jiran, kami akan memberi peluang kepada mereka untuk lebih faham supaya mereka dapat memberi faedah kepada negara kami," katanya.


Pelatih Nurulhuda Amin, 25, dari Yala berkata, beliau bertekad menggunakan peluang menimba ilmu kemahiran dalam bidang bakeri dan konfeksionari itu sebaik-baiknya demi membantu keluarga di kampung.


"Ibu bapa sangat menyokong saya mengikuti kursus ini dan saya berharap dapat membuka kedai sendiri suatu hari nanti," katanya.


Tuan Rusaimee Lateh, 28, dari Patani pula berkata, beliau memilih meninggalkan kerjaya sebagai penolong jururawat di sebuah hospital di Yala bagi menuntut ilmu dalam bidang kimpalan di pusat latihan di sini.


Katanya, beliau akan menggunakan ilmu kimpalan bagi membuka perniagaan nanti kerana ia mampu menjana pendapatan lebih tinggi berbanding kerjaya sebelum ini.