dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawa ada mesranya
dalam diam ada bijaksana
dalam tangannya kita terbina
semoga berbahagialah menjadi
Abg. Din akan berangkat ke tanah suci nanti bersama keluarga. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik semasa melakukan kerja kerja ibadah bersama keluarga dan juga didoakan agar Abg. Din selamat pergi dan pulang hendaknya. Insyallah.
Minta Abg Din doakan di tanah suci nanti agar hajat kita untuk sampai ke sana, sebagaimana Abg Din, tercapai.
Cikgu Azami memulakan kariernya sebagai tenaga pengajar PE pada awal 90' an di Pusat GiatMARA Batu Gajah.
Setelah hampir 9 tahun berada di Perak bermula dari 1994, Cikgu Azami memohon untuk berpindah ke mana mana GM di Kelantan.
Permohonannya untuk berpindah diluluskan dan beliau ditempatkan di GM Jeli. Seterusnya Azami sekali lagi memohon perpindahan ke GM Bachok setelah mengetahui berlaku kekosongan bagi tenaga pengajar PE dan sekali lagi permohonannya diluluskan.
Beliau mula bertugas di Bachok pada Jun 2008.
Diharap ilmu dan pengalaman berharga yang dimiliki Cikgu Azami dapat kita gandingkan demi membantu anak bangsa. Insyallah.