Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

End
KEJAYAAN BEKAS PELATIH GIATMARA DI NEGERI

Salam...

Rakan2 Pengurus GIATMARA Negeri

Sukacita dimaklumkan kepada tuan2 bahawa pihak Jabatan Pembangunan Pelatih sedang mencari bekas-bekas pelatih kita di negeri tuan2 yang sangat berjaya dalam kariernya selepas menamatkan kursus di GIATMARA.

Kriteria contoh kejayaan bekas pelatih yang dicari adalah seperti :

1. Menjadi CEO syarikat besar / kilang besar

2. Menjawat jawatan tinggi dalam syarikat multi nasional

3. Menjadi Ahli Yang Berhormat

4. Ahli lembaga syarikat multi nasional

5. Menjawat jawatan penting syarikat di luar negara

DLL yg tuan2 fikir penting untuk diketengahkan

Suka dimaklumkan di sini pihak PEL hanya mencari bekas2 pelatih yang telah berjaya menjadi orang2 besar yang makan gaji sahaja dan bukan yang berjaya menjadi usahawan.

Semua penama2 pelatih yang berjaya akan dikemukakan kepada jawatan kuasa sambutan 25 tahun GIATMARA untuk dinilai kejayaan mereka dan diberikan pengiktirafan.

Jika terdapat senarai calon yang hendak dicadangkan, pihak tuan2 boleh e-mail ke PEL.

Kerjasama dari tuan amatlah di hargai.

TQ

Jabatan Pembangunan Pelatih