Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

TERAPI SPA IKAN PENYEBAB HIV





Seperti yang kita ketahui, cara spa ikan berfungsi ialah dengan menghendaki orang ramai atau pesakit meletakkan kaki atau seluruh tubuh di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan-ikan kecil (ikan Garra Rufa atau ikan chin chin) yang akan memakan sel-sel kulit mati pesakit.


Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan (Fish Spa) atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.


Cara jangkitan melalui spa ikan ini ialah apabila virus atau bakteria yang dipindahkan oleh ikan-ikan tersebut dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain tanpa airnya diganti.


Jadi, jika ada pengguna yang mempunyai jangkitan HIV atau hepatitis, dan mengalami perdarahan di dalam air, risiko untuk jangkitan HIV dan Hepatitis B ke pengguna lain adalah sangat tinggi.


Untuk maklumat anda juga, rawatan kaki menggunakan teknik Spa Ikan ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.


Maknanya bukan terang-terang ianya menunjukkan bahawa terapi spa ikan boleh bawa penyakit berbahaya tetapi ada sebab tertentu. Tak salah pun nak buat terapi ikan. Untuk selamat, lebih elok kita bertanya dahulu kepada orang yang menguruskan untuk terapi ikan tersebut.

SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA



ANDA CUMA PERLU MEMASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN (TANPA SEMPANG) DAN SETERUSNYA KLIK SEMAK. KEMUDIAN AKAN TERPAMPANG LOKALITI MENGUNDI ANDA (SEBAGAIMANA DI BAWAH) SEKIRANYA ANDA TELAH MENDAFTAR.



SILA KLIK DI SINI

INI BUKAN AYAT QURAN..INI AYAT BIBLE !!!






PERHATIAN

ini bukan ayat al-Quran...

PENTING

...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda. Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.




SUDAHKAH ANDA DAFTAR SEBAGAI PEMILIH ?




Sila klik pada ikon untuk 'download' borang


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.


KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.




SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?

- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?

- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda


Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Penolong Pendaftar ( Agensi Kerajaan ) yang berdekatan. Klik Sini

KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK DI GM BACHOK





BAGI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK :


1 – PW2 (Sepenuh Masa)
2 – PW4 (Sepenuh Masa)


BOLEHLAH MEMBUAT PERMOHONAN SEKARANG DI GIATMARA BACHOK.


PENGAMBILAN PELATIH BARU BAGI KURSUS BERKENAAN AKAN DIADAKAN PADA JANUARI 2012.


HARAP MAKLUM



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI






MAAF DZAHIR & BATIN

KERETA TERKUNCI DARI DALAM




Pernahkah anda tertinggal kunci di dalam kereta ? Semestinya anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu ( bagi kereta yang menggunakan sistem penggera sahaja ) Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.


Minta dia ambilkan kunci pendua (remote) kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira satu kaki dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.


Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Selamat mencubanya.


CIKGU ROZLAN BERTUKAR KE GM BACHOK



Cikgu Rozlan Razali (gambar semasa muda)


SYABAS



KECIL TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL GM KELANTAN


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN GIATMARA SELURUH NEGERI KELANTAN JUN 2011 TELAH DIADAKAN DI GUNUNG STONG RESORT, JELI KELANTAN. (PROMOSI - AIR TERJUN TERTINGGI DI ASIA TENGGARA)

MAJLIS BERKENAAN DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO’ RAMZI BIN AB. RAHMAN (MARA COUNCIL MEMBERS) DAN DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN PENGERUSI GIATMARA MALAYSIA, DATUK SHAHIRUDDIN AB. MOIN.

SEBANYAK 250 BUAH MOTOSIKAL YANG DIPANDU OLEH PELATIH DAN JUGA TENAGA PENGAJAR BERKONVOI BERSAMA BERMULA DI GM TANAH MERAH SEHINGGA KE GUNUNG STONG YANG MEMAKAN MASA HAMPIR 3 JAM DENGAN KAWALAN PARA ANGGOTA POLIS TRAFIK CAWANGAN JELI.