Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

Tawaran Kursus Separuh Masa Pendawai Sekatan PW2 Sessi Peperiksaan 2011


GIATMARA Bachok telah ditauliahkan sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan Suruhanjaya Tenaga semenjak 2010 bagi bidang Kursus Pendawai Sekatan PW2 secara Separuh Masa.

Kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa ini dapat menyediakan peluang kepada calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya. Melalui kursus ini, calon-calon dapat mengikuti pelajaran teori dan amali secara teratur dan sistematik dalam masa yang lebih fleksibel sebelum calon-calon tersebut menduduki peperiksaan kekompetenan berkenaan.

Pelaksanaan Kursus Dan Peperiksaan Kekompetenan. Calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan dan berminat untuk meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya boleh memohon untuk menjalani kursus dan peperiksaan kekompetenan Pendawai Sekatan PW2 di GIATMARA Bachok.

Pengambilan sedang dibuka dari sekarang dan tarikh tutup permohonan pada 30 Januari 2011. Tapisan kelayakan calon ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga, GIATMARA Bachok akan menghantar semua borang permohonan yang diterima ke Suruhnjaya Tenaga secara berperingkat-peringkat untuk mendapatkan senarai calon yang berkelayakan. Kursus ini akan bermula pada 1 Mac 2011 dan Peperiksaan akan diadakan pada Julai 2011.

Jadual Pembelajaran

HariAhad Hingga Khamis

Masa 8.00 Malam – 11.00 Malam

Sabtu

9.00 Pagi - 1.00 Petang
2.00 Petang - 4.00 Petang

Tempoh 3 Bulan

Syarat dan Kelayakan

1. Mempunyai pengalaman kerja berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik Fasa Satu dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi tempuh tidak kurang dari dua (2) tahun.

2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik di atas bagi tempoh dua (2) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.

3. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.

Cara Permohonan

Permohonan perlulah dibuat dengan menggunakan borang permohonan kursus yang telah ditetapkan oleh GIATMARA Bachok. Borang ini boleh dimuat turun KLIK DISINI dan DISINI. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan dokumen seperti berikut:

1. Satu salinan Sijil Pelajaran Malaysia

2. Surat majikan mengesahkan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun.

3. Satu salinan penyata KWSP dan PERKESO.

Semua borang Permohonan perlu dihantar ke

Pengurus
GIATMARA Bachok

Semua permohonan akan dihantar ke Suruhanjaya Tenaga untuk tapisan. Hanya pemohon yang lulus tapisan Suruhanjaya Tenaga sahaja akan dibenarkan mengikuti kursus ini.

Tempat hanya terhad kepada 25 calon terawal sahaja dan semua calon akan dilindungi oleh Insurance sepanjang kursus berjalan.

Sebarang pertanyaan boleh lah berhubung dengan kami ditalian 09-7787311