Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

SENARAI NAMA KONTRAKTOR ELEKTRIK



UNTUK MAKLUMAN PELATIH YANG AKAN MENGIKUTI LATIHAN PRAKTIKAL / LATIHAN INDUSTRI. DI SINI DISERTAKAN LAMAN WEB SURUHANJAYA TENAGA YANG MEMAPARKAN SYARIKAT KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS A, B, C DAN D SELURUH MALAYSIA. ANDA HANYA PERLU MEMASUKKAN KAWASAN MANA YANG DIKEHENDAKI PADA RUANGAN 'REGIONAL OFFICE', CONTOH KOTA BHARU DAN PADA RUANGAN 'CONTRACTOR', PILIH 'ELECTRICAL CONTRACTOR', PADA RUANGAN 'STATUS' KLIK NEGERI PILIHAN CONTOHNYA KELANTAN SETERUSNYA KLIK HANTAR. KEMUDIAN 'SCROLL' PADA BAHAGIAN BAWAH DAN SEGALA MAKLUMAT BERKENAAN KONTRAKTOR AKAN KELUAR. KLIK 'DETAILS' PADA RUANGAN 'VIEW' UNTUK MENGETAHUI LANJUT BERKENAAN SESUATU SYARIKAT. ATAU PUN TULIS NAMA SYARIKAT BERKENAAN PADA RUANGAN 'COMPANY NAME' UNTUK MENGETAHUI SAMADA SESUATU SYARIKAT ITU BERDAFTAR ATAUPUN TIDAK DENGAN SURUHANJAYA TENAGA. TERIMAKASIH.

SILA KLIK

END

HABA KOMPUTER BIMBIT ROSAKKAN KULIT


Meletakkan komputer bimbit di atas peha secara kerap dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan 'sindrom kulit hangus' iaitu keadaan kulit yang berbintik akibat pendedahan terlalu lama kepada haba, menurut laporan perubatan.

Dalam kes terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun melaporkan keadaan kulit pada peha kirinya yang bertompok-tompok dan kehilangan warna selepas bermain permainan komputer beberapa jam setiap hari selama beberapa bulan.

Kesan buruk haba komputer bimbit terhadap kulit berlaku kerana suhu bahagian bawah komputer bimbit boleh mencecah 51 darjah Celcius.

Pengeluar komputer bimbit termasuk Apple, Hewlett Packard dan Dell memperingati pengguna supaya tidak meletakkan komputer di atas kulit yang terdedah untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan kulit terbakar.

GCPA : KISAH SANG HELANG


Mari kita hayati kisah ini dan dengan harapan agar kisah ini mampu menjadi agen perubahan kepada kita semua.


Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.

Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema samada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.

Ketika helang ini mencecah usia 40 tahun, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya mengegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.

Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.

Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.

Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara. Kisah ini seharusnya diteladani oleh kita semua, demi mencapai kebuah kejayaan. Dalam meneruskan kehidupan kita mesti melalui fasa perubahan. Perubahan harus dimulakan kerana ia tidak mampu terjadi dengan sendiri. Namun berapa ramai daripada kita yang sanggup melakukan perubahan tersebut.

Kawal setiap apa yang kita fikirkan. Jangan mudah melatah dengan isu-isu remeh. Berfikirlah dengan cara yang lebih terbuka dan tenang. Hanya pemikiran yang positif mampu menghasilkan ganjaran yang positif. Perubahan cara berfikir merupakan perubahan yang paling utama kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.

Sekadar satu perkongsian mungkin kisah Sang Helang diatas hampir sama dengan kisah kerjaya kita hari ini yang menuntut perubahan bagi menentukan dua pilihan yang tersedia dihadapan kita, iaitu terus kekal ke penghujung usia 58 atau terpaksa mengakat bendera merah, apapun itu adalah reality yang bakal kita sama-sama lalui ianya bukan lagi sebuah mimpi. Sekali bah pantai juga turut berubah. Apa pun perubahan ini angaplah satu penghijrahan dari yang sedia baik kepada yang lebih baik demi Agama, Bangsa dan Negara.


KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN
Yang Benar



Rozlan Bin Razali
Tenaga Pengajar Pendawaian Elektrik
GIATMARA Kota Bharu
Jalan Telipot
15150 Kota Bharu
Kelantan

RUMAH WARGA EMAS DIJILAT API



Pasangan warga emas, Che Daud Mohd Ali, 96, (bertongkat) dan isterinya Che Yam Che Mat, 80 , bersama anak dan cucu-cucunya hanya mampu melihat keadaan rumah mereka yang musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Wakaf Aik, Bachok, semalam (30 Ogos). Lebih menyayat hati, kejadian berlaku menjelang umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri.

End

RAMADHAN AL MUBARAQ 2010



Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA KE GAZA

SALAM 1MALAYSIA.

Tuan/puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai upacara pelepasan rombongan misi kemanusiaan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Abdul Azeez bin Abd. Rahim Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA di KLIA.

Butiran-butiran pelepasan misi ini adalah seperti berikut:-

FLIGHT EGYPT AIR 971 -1.00 PAGI (AHAD), 8 OGOS 2010

Upacara pelepasan akan diadakan:

Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 malam
Disempurnakan oleh : TPM atau Dato' Hishamuddin atau Brig.Jen.(B) Jamil Khir Baharom (Belum diketahui)

Pengurus dan anggota kerja GIATMARA di Selangor serta Wilayah Persekutuan yang ada kelapangan diminta hadir untuk menyertai upacara pelepasan ini.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Jabatan Perhubungan Korporat


END

MUNGKINKAH NASIB GIATMARA = IKYS ???



IKYS sepatutnya untung dalam tempoh 2 tahun? Mana punya punahsihat ekonomi yang bagi cadangan bingai macam aku? Atau hanya ingin menjual aset Yayasan Selangor bernilai lebih RM20 juta tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan aset masa depan negeri?

Sebagai salah seorang bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS, aku merasa terkilan dengan keputusan kerajaan Selangor.

Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.

Tahukah anda bahawa kelayakan minima untuk memasuki IKYS ialah seperti berikut:

1. Tamat Tingkatan Lima
2. Tahu membaca
3. Tahu menulis dan >
4. Tahu mengira

Berbanding dengan INPENS yang memerlukan kelayakan minima SPM/SPVM, IKYS menerima anak anda walaupun mereka TIDAK PERNAH BERSEKOLAH sebelum ini. (Maaf! Silap Tafsiran 20/07/2010) hanya tamat Tingkatan Lima.

Anih? Inilah kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.

Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.

Bayangkan seorang yang tidak pernah bersekolah masih berpeluang menjadi seorang Jurutera Elektrik!

Keujudan IKYS juga mampu mengurangkan kadar jenayah remaja. Tanggungjawab tenaga pengajar IKYS terlalu berat. Bayangkan sendiri jenis remaja yang belajar di sana sekiranya mereka diambil dari golongan yang berhenti sekolah, lari sekolah, dibuang sekolah dan sebagainya. Pendidikan moral yang khusus diberikan tekanan supaya apabila mereka tamat belajar akan menjadi rakyat yang berguna.

Bukankah ini satu aset kepada kerajaan negeri khususnya dan negara amnya?

Apakah kita ingin menambah peruntukan membina lebih banyak sekolah pemulihan budak-budak nakal seperti Henry Gurney's Boys School di Melaka? Sedangkan sekolah-sekolah tersebut langsung tidak memberikan keuntungan kewangan malah lebih banyak memerlukan peruntukan kerajaan?

Menyerapkan operasi IKYS ke dalam INPENS juga bermakna mengecilkan peluang pendidikan. Kampus yang dibina sebenarnya untuk menambah peluang pendidikan supaya IKYS akan terus berkembang bukannya terus menguncup.

Apabila kita membicarakan tentang untung-rugi di dalam sesuatu operasi, kita perlu melihat secara menyeluruh operasi tersebut. Walaupun IKYS ditubuhkan sejak tahun 2000 tetapi penempatan pelajar di kampus tetap baru bermula dari tahun 2009 yakni baru berusia 2 tahun. Pelaburan RM20 juta bukan dibuat berdasarkan pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh itu tetapi untuk jangka panjang. Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial yang digerakan oleh kerajaan sebelum ini untuk membantu rakyat mencapai kemajuan dan menikmati kemakmuran negeri secara rakyat yang bermaruah bukannya sebagai peminta sedekah dengan elaun bulanan atau subsidi.

Ambil contoh KTMB yang beroperasi di Kelantan. Walaupun KTMB mengalami kerugian di sana namun KTMB masih terus beroperasi untuk kemudahaan rakyat.

* Pelajar-pelajar masih boleh berulang-alik ke sekolah kerana mereka merupakan aset masa depan negara.
* Guru-guru masih boleh menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa
* Penduduk-penduduk masih boleh membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan
* Pekerja-pekerja masih boleh berulang-alik memberikan sumbangan tenaga
* Penceramah-penceramah dan pendengar ceramah juga masih boleh menggunakannya untuk meluaskan minda masyarakat

Sekiranya keuntungan diambilkira, KTMB sepatutnya telah lama menamatkan perkhidmatan di kawasan-kawasan pendalaman.

Apa yang aku nampak di sini bukannya masaalah kerugian yang dihadapi oleh IKYS tetapi kurang pelajar kerana masih belum terkenal. Walaupun kebanyakan pelajar datang dari golongan miskin tetapi mereka bukannya belajar di sana secara percuma tetapi dibantu dengan pinjaman bersyarat. Anak saudara aku sendiri memerlukan lebih RM13,000.00 dalam bentuk pinjaman untuk dua tahun di sana.

Apakah mungkin dengan menyingkirkan pelajar-pelajar tersebut memberi peluang untuk kerajaan negeri meraih keuntungan melalui penjualan aset IKYS yang bernilai lebih daripada RM20 juta tersebut? Sekiranya ini adalah tujuan sebenar kerajaan negeri, maka aku menganggap ianya adalah satu jenayah terancang dan dihalalkan. Prasarana IKYS walaupun terpencil tetapi lebih merupakan seperti satu taman perumahan kos rendah dengan kemudahan seperti berikut:

* Dewan
* Taman Selera
* Surau
* Blog Kedai
* Blog Bengkel/industri kecil
* Rumah berkembar tiga bilik (kos rendah)
* Taman permainan
* Kolam ikan
* Kawasan berpagar dengan Menara Tangki Air sendiri

Bayangkanlah nilainya kalau dijual dipasaran terbuka (atau kepada mereka-mereka yang tertentu sahaja?)

Sepatutnya kerajaan negeri membantu membina lebih banyak lagi cawangan IKYS di seluruh negeri Selangor terutama di kawasan-kawasan terpencil untuk kemudahan rakyat jelata. Sekiranya kerajaan negeri yang ada sekarang berusaha untuk memajukan IKYS maka kredibiliti pentadbiran kerajaan sedia ada akan lebih terserlah dalam membangunkan modal insan di Negeri Selangor.

Oleh itu, aku mengharapkan semua rakyat khususnya di negeri Selangor dan Malaysia amnya menyokong perjuangan pelajar-pelajar IKYS kerana perjuangan tersebut bukan sahaja untuk masa depan meraka tetapi untuk generasi akan datang. Anak saudara aku telah menamatkan latihan praktikalnya dan akan meninggalkan IKYS tidak lama lagi tetapi beliau telah berjanj akan membantu memberikan gambar-gambar prasarana IKYS tidak lama lagi. InsyaAllah, aku akan muatnaik gambar-gambar tersebut apabila aku memperolehinya secepat mungkin.

Kepada bloggers, dapatlah kiranya terus memperjuangkan IKYS di blog-blog anda terutama yang pandai menyediakan grafik untuk diletakkan diblog-blog.

Topik sama:
IKYS - INPENS tak ada tauliah?
IKYS Bagan Terap jadi PLKN tiruan?
IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

Petikan Tajuk-tajuk akhbar/Forum:

1. Utusan Online - : 300 bantah penutupan IKYS
2. Utusan Online - : Selangor tak hirau nasib pelajar miskin
3. Utusan Online - : Pelajar adakan demo bantah penutupan IKYS
4. Berita Harian Online 18/07/2010 - : IKYS kena tutup
5. Berita Harian Online 18/07/2010 - : 500 berkumpul bantah penutupan IKYS
6. Berita Harian Online 19/07/2010 - : Lebih 500 sertai bantahan aman penutupan IKYS
7. My Metro Online 19/07/2010 - : Tarik balik penutupan
8. Kosmo! 19/07/2010 - : Selangor dicabar serah IKYS
9. The Star 19/07/2010 - : Protest over closure of technical institute
10. Mforum.cari.com 19/07/2010 - : Pelajaran anak bangsa Kerajaan Selangor nafikan, IKYS ditutup
11. UMNO Online 19/07/2010 - : Jangan Tutup IKYS, Serahkan Kepada BN Untuk Diuruskan – Dr Khir Toyo
12. Bernama 18/07/2010 - : Students Fear About Their Future Following Closure Of IKYS
13. New Sabah Times 19/07/2010 - : Students' future in limbo with IKYS closure
14. Yahoo! News 19/07/2010 - : STUDENTS FEAR ABOUT THEIR FUTURE FOLLOWING CLOSURE OF IKYS
15. Malaysia-Instinct dot com - : Protest over closure of technical institute
16. Malaysia Zoom - : 300 bantah penutupan IKYS
17. Brunei Forum - : KEMPEN GANYANG MELAYU DI SELANGOR !
18. N9 Kini - : Kerajaan PKR Zalim

Dipetik dari TENDANG TERAJANG

ZALIMKAH KERAJAAN UMNO / BN ?

Aku berpeluang untuk mengikuti satu majlis di sebauh Pusat Giat MARA (PGM) di suatu tempat di Negeri Kedah. Bila aku kesana dan berpeluang berbual-bual dengan Pengurus PGM, aku begitu terharu sekali bila mendengar taklimat ringkas beliau.

"Tuan-tuan bayangkan, mereka ini kita kutip dari keadaan sifar harapan dan kita bentuk mereka menjadi manusia". PGM sanggup menerima mereka asal sahaja mereka ini ada kemahuan dan keazaman dengan sedikit asas 3M. Tetapi Alhamdulillah mereka ini setelah berjaya menamatkan kursus ramai yang melangkah ke tahap yang lebih tinggi yang selalunya mereka ini akan meniti IKM terlebih dahulu...."

"Tahukah tuan-tuan salah seorang eksekutif di Modenas yang kini menikmati gaji sebanyak RM17,000.00 sebulan adalah produk PGM? PGM mengutip nagoi-nagoi yang kanyiaq ini untuk di bentuk menjadi manusia berguna, jika itulah pilihan mereka, kerana ada juga mereka yang datang ke sini atas paksaan keluarga dan akhirnya kecundang, bukan kerana salah siapa tetapi kerana sikap diri."

"Dan tahukah tuan-tuan, ramai dari kalangan sub-kontraktor dan kontraktor-kontraktor berjaya adalah juga hasil produk PGM? Dan PGM tidak pernah mengaplikasikan sistem aparthied dalam pengambilannya. Parti di kesampingkan asal sahaja anak Melayu dan Bumiputera yang tercicir itu dapat kita bilas dengan ilmu kemahiran agar dapat meneroka hidup yang lebih bermakna dan bertanggungjawab"

Lalu di bisikkan kepada aku, "Ada seorang YB dari PAS datang bawa anak dia untuk kita bentuk kerana dia kata anak lelaki dia tu buat dia pening kepala, kerana walau dah di hantar ke sekolah agama dan pondok pesantren, tetapi tidak bertahan lama, akhirnya kerana dia MELAYU, PGM terima tanpa karenah, tetapi malangnya budak lelaki anak YB dari PAS itu hanya berjaya mempertahankan dirinya dalam PGM selama 4 bulan sahaja." Nak wat gena.............seterusnya
MEMOHON SUMBANGAN
KEBAKARAN RUMAH KAKITANGAN MARA

Adalah dimaklumkan bahawa kediaman Cik Norhazira binti Ismail bersama keluarganya di alamat 4171, Kampung Sungai Kerayong, Off Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur telah terbakar pada 28 Jun 2010. Beliau adalah Pembantu Tadbir Sambilan di Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU). Kebakaran tersebut telah mengakibatkan beliau serta keluarga tinggal sehelai sepinggang.

2. Sehubungan dengan itu, bagi meringankan beban yang ditanggung, kerjasama semua warga kerja MARA adalah dipohon untuk menghulurkan sumbangan dengan cara berikut:

(i) Wang Tunai atau Pakaian (dalam keadaan baik)
(ii) Cek Berpalang

* atas nama Koperasi BUMIRA Berhad
* sila tulis perkataan ' Sumbangan Cik Norhazira bt Ismail' serta nama pengirim

(iii) Perbankan Terus (mohon di faxkan salinan slip pembayaran kepada Bahagian Hal Ehwal Korporat)

* atas nama Koperasi BUMIRA Berhad
* dengan menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad
* No. Akaun 14041010043987


3. Semua sumbangan hendaklah dihantar kepada:-

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Korporat
Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 - 2692 4035
03 - 2690 3653/3968
No. Fax : 03 - 2692 7386

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam memberi sumbangan tersebut pada atau sebelum 12 Julai 2010 diucapkan ribuan terima kasih.

End
KEJAYAAN BEKAS PELATIH GIATMARA DI NEGERI

Salam...

Rakan2 Pengurus GIATMARA Negeri

Sukacita dimaklumkan kepada tuan2 bahawa pihak Jabatan Pembangunan Pelatih sedang mencari bekas-bekas pelatih kita di negeri tuan2 yang sangat berjaya dalam kariernya selepas menamatkan kursus di GIATMARA.

Kriteria contoh kejayaan bekas pelatih yang dicari adalah seperti :

1. Menjadi CEO syarikat besar / kilang besar

2. Menjawat jawatan tinggi dalam syarikat multi nasional

3. Menjadi Ahli Yang Berhormat

4. Ahli lembaga syarikat multi nasional

5. Menjawat jawatan penting syarikat di luar negara

DLL yg tuan2 fikir penting untuk diketengahkan

Suka dimaklumkan di sini pihak PEL hanya mencari bekas2 pelatih yang telah berjaya menjadi orang2 besar yang makan gaji sahaja dan bukan yang berjaya menjadi usahawan.

Semua penama2 pelatih yang berjaya akan dikemukakan kepada jawatan kuasa sambutan 25 tahun GIATMARA untuk dinilai kejayaan mereka dan diberikan pengiktirafan.

Jika terdapat senarai calon yang hendak dicadangkan, pihak tuan2 boleh e-mail ke PEL.

Kerjasama dari tuan amatlah di hargai.

TQ

Jabatan Pembangunan Pelatih
WAKA WAKA
ESTO ES AFRICA



The 2010 FIFA World Cup will be the 19th FIFA World Cup, the premier international football tournament. It is scheduled to take place between 11 June and 11 July 2010 in South Africa.

As the host nation, South Africa qualified automatically for the tournament. Nonetheless South Africa participated in World Cup qualifiers because the CAF qualifiers also served as the qualifying tournament for the 2010 African Cup of Nations.

They were the first host since 1934 to participate in preliminary qualifying. As happened in the previous tournament, the defending champions were not given an automatic berth, and Italy had to participate in qualification.

This round world cup features Zakumi as the Mascot. Zakumi is a fluffy young leapord, with green dreadlocks and a wide happy smile. FIFA has announced the slogan for the mascot as:


GIATMARA PASARKAN KAPAL LAYAR

Pemasangan tiang kapal layar Warisan Duyong GM 1 sempena program pembinaan kapal layar tradisional Terengganu kerjasama antara GiatMara dengan Custom Made Wooden Yachts di Pulau Duyung, Kuala Terengganu

GiatMara akan mengkomersialkan bidang pembuatan kapal layar tradisional Terengganu bagi menghasilkan lebih banyak kapal jenis itu untuk pasaran luar negara.

Jika segalanya berjalan lancar, GiatMara akan melaksanakan sistem pemasaran kapal-kapal itu menerusi internet bagi tujuan pengiklanan bagi membolehkan kapal tersebut dijual.

Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Abd. Moin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kapal layar tradisional yang memiliki keunikan tersendiri iaitu diperbuat tanpa menggunakan paku, kini menarik minat negara-negara rantau Eropah.

Menurutnya, sebuah kapal layar tersebut mampu dijual pada harga minimum RM4 juta dan buat masa ini, sebuah kapal jenis itu yang hampir siap sudah menerima tawaran harga RM3.5 juta.

"Apabila siap nanti, sebuah kapal layar tradisional ini boleh dijual pada harga minimum RM4 juta dan kita akan tengok bidaan yang tertinggi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan kerja-kerja mendirikan tiang layar Warisan Duyong GM I di Jeti MSET di Pulau Duyong di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri, Timbalan I Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Abd. Halim Mansor dan Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad.

Shahiruddin berkata, ketika ini, beberapa buah negara antaranya Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Kanada dan Perancis berminat untuk membeli kapal layar hasil buatan tradisional pakar tempatan, Abdullah Muda yang juga pemilik bengkel Custom Made Wooden Yachts.

Pada masa ini juga, jelasnya, bagi membantu kerja-kerja Abdullah menyiapkan kapal layar Warisan Duyong GM I itu, empat tenaga pengajar dan enam pelatih GiatMara turut terlibat menghasilkan kapal itu dalam tempoh dua tahun untuk siap.

Justeru itu, katanya, GiatMara akan mengadakan kerjasama dengan MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd., anak syarikat milik bumiputera tempatan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang pembinaan kapal layar tradisional.

"Sekarang, sebuah kapal layar siap dibina dalam tempoh dua tahun dan sekiranya dikomersialkan nanti, dengan adanya lebih ramai tenaga mahir, dalam tempoh serupa ia boleh siap antara dua hingga tiga buah.

"Kita akan ambil pelatih dari kalangan keluarga miskin di negeri ini, tak kira sama ada mereka tak tahu membaca atau menulis, yang penting ada minat," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0601&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm&arc=hive
PROTON PERDANA BARU

Proton Holdings Bhd. dengan rasminya telah mengesahkan perbincangan dengan Volkswagen (VW) dan keputusannya akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu.

"Kami akan membuat pengumuman bila tiba waktunya, mungkin dalam tempoh satu atau dua minggu,” kata Pengerusinya, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh apabila ditanya mengenai keputusan perundingan Proton-Volkswagen.

GIATMARA PERLUAS PROGRAM SALE 2 U

GiatMara Malaysia bercadang memperluaskan program keusahawan Giat Mara Sale 2 U ke peringkat kebangsaan sekiranya program itu mendapat sambutan menggalakkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd. Halim Mansor berkata, pihaknya perlu terlebih dahulu perlu menyediakan satu kertas kerja berhubung kebaikan dan keberkesanan program tersebut.

''Ini cadangan yang baik kerana ia mampu menjadi landasan untuk mengetengahkan lepasan Pusat GiatMara ke dalam realiti perniagaan.

''Oleh itu, kami sedang mengkaji dan menilai keberkesanan program ini, selain perlu mendapatkan kelulusan daripada ahli lembaga pengarah sekiranya ia mahu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan GiatMara Sale 2 U, di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Intan Baiduri, Kepong di sini hari ini.

Abd. Halim ditanya mengenai kemungkinan Pusat GiatMara memperluaskan program itu ke luar Kuala Lumpur memandangkan sambutan hangat sewaktu ia diadakan di Titiwangsa sebelum ini.

Program di Kepong itu merupakan yang kedua dianjurkan dan akan diadakan secara bergilir-gilir di kesemua Pusat GiatMara di Kuala Lumpur.

''Kita mempunyai 10 Pusat GiatMara di Kuala Lumpur dan melalui program ini kita akan dapat melahirkan usahawan yang mampu menghasilkan produk-produk komersial," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyasarkan kutipan jualan sebanyak RM6,000 sepanjang program sehari itu berlangsung.

''Angka ini bukan sesuatu yang mustahil," ujarnya.
CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
السلام عليكم

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Alias bin Endut Tenaga Pengajar Kanan Pendawaian Elektrik GIATMARA Bachok Kelantan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.00 pagi tadi di hospital Kubang Kerian akibat penyakit kencing manis.

Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini 8 Meil 2010 (Sabtu) jam 10.00 pagi, di tanah perkuburan Kg Tok Bali.


Bersama-samalah kita menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah, semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, Amin.


Al Fatihah...

Sekian, terima kasih




WAN ISMAIL WAN JUSOH
Pegawai Perhubungan Industri
GIATMARA Negeri Kelantan
ppikelantan@giatmara.edu.my
wanismail@giatmara.edu.my
Tel : 09 - 7419345
Fax : 09 - 7419346
السلام عليكم

ANGGOTA GM BACHOK BERSARA



TN HAJI NORDING BIN AWANG NOH
GIATMARA BACHOK
1994 - 2010
PCNK SPONSORS COMMITTE GATHERED AT EMIRATES KOPITIAM

Last night a small gathering among Sponsors Committee for Kelantan Chess Association was held at Emirates Kopitiam. The gathering's main objective was to discuss on chess activities which will be organised under PCNK once the incorporation is finalised. An Official blog of PCNK will be on web very-very soon...


Brief on PCNK's Sponsor Committee

The efforts was actually a continuation to the previous efforts by various parties to reactivate the PCNK. However, due to several problems, previous attempts were not materialised. In February 2010, A team of committed Sponsors led by En. Wan Ismail agreed to make another move to realize PCNK. Among other sponsors include Nasrul Humaimi, Nik Ahmad Farouqi, Nik Zaharuddin, Mohd Azizul, En. Nadzri Hamzah, Cikgu Saufi, Cikgu Nik Azrihan and myself.

We had organised several meetings before and currently the application for reactivation of PCNK is already at final phase and being processed by the Sport Commission of Malaysia. Hopefully, it will be approved soon.

Among important and coming soon activity is the selection tourney for National Closed 2010. Tentatively, the selection will be held on 14-15 May 2010. The selection is opened for Kelantan Based players only. The detail of the event will be posted on the new PCNK Blog soon...:)


After the brief discussion, we had "friendly blitz" seesions. - BADBISHOPS

السلام عليكم
Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang anggota kerja GIATMARA Negeri Johor, Encik Apandi bin Md Noor, No. K/P 600720-08-6623, Pengurus Operasi Prima, GIATMARA Prima Pasir Gudang, telah menjalani pembedahan akibat penyakit "Left Kidney Tumor and Bleeding in Urine". Penyakit tersebut telah menyebabkan saiz buah pinggang beliau telah membesar 5 kali ganda daripada saiz asal.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan di "Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)", dan kos rawatan beliau setakat hari ini adalah sebanyak RM10, 695.00 . Kos ini akan terus meningkat memandangkan beliau perlu ditahan di hospital berkenaan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu minggu lagi.

Walaubagaimanapun, kos perubatan yang boleh dibiayai oleh GIATMARA hanyalah sebanyak RM3500.00 sahaja . Oleh yang demikian, dipohon kerjasama daripada semua pihak, agar dapat membantu beliau dengan menghulurkan sumbangan derma ikhlas bagi meringankan beban kewangannya dan sumbangan wang tersebut bolehlah di "Bank In" sepertimana maklumat berikut:

Nama Bank: Bank Islam
No. Akaun : 1404 1010 0585 70
Atas Nama: Badan Kebajikan GIATMARA

Mohon di fax slip pembayaran ke: 03-26980808 Att: Pn Salmah binti Wan Abd Rahman

atau

scan slip pembayaran dan email ke salmah@mara.gov.my

Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keberkatan drp Allah SWT.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dan marilah kita bersama-sama memohon limpah kurnia ke hadrat Allah SWT.. Semoga beliau cepat sembuh.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung dengan perkara yang tersebut di atas, sila hubungi kami bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi. Segala kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.


MOHAMAD MERJUKI BIN KASANWIDI
Pengurus GIATMARA Negeri Johor
GIATMARA Malaysia

Tel :+607-2244033
Fax :+607-2244031
Hp :+6019-2668762
السلام عليكم
Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Sdr. Muhammad Ruzaini bin Buang (K/P : 930729-10-5263) pelatih Kursus Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam GIATMARA Puchong, Selangor, Sesi Jan 2010 telah dimasukan ke Wad ICU (Tingkat 3, Katil No.12), Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari Sabtu 3 April 2010 disebabkan jangkitan virus (Denggi berdarah).

Keadaan beliau agak kritikal dan masih koma dari sejak dimasukkan ke wad. Sama-sama kita mendoakan kesihatan Sdr.Ruzaini bin Buang agar kembali sembuh dan begitulah harapan ibubapa beliau. Sekian harap maklum, terima kasih.

Abd Rahman Muhamad
Pengurus
GM Puchong
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA KE 19
PERINGKAT GIATMARA NEGERI KELANTAN