Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

RIDE MAHABBAH 2 - PATTANI NARAHIWAT






Gabungan beberapa kelab motosikal berkuasa tinggi di Kelantan (Peserta seramai 75 orang – motosikal 40 buah, kereta 3 buah, hilux 2 buah & van 1 buah) telah mengadakan acara konvoi bermotor selama dua hari ke Pattani, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand pada 30 - 31/10/2015 Jumaat dan Sabtu. Destinasi konvoi berkenaan adalah bagi melawat beberapa pusat pengajian pondok di negara berkenaan. Semua peserta konvoi berkumpul di Stesen Minyak SHELL Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu ke Pekan Pengkalan Kubur Kelantan seterusnya memasuki Thailand menerusi Pekan Tak Bai. Di sana, konvoi diiringi oleh Polis dan Pasukan Penyelamat (RESCUE TEAM) Thailand melalui beberapa persinggahan sehinggalah ke destinasi pergi dan balik. Antara kelab kelab permotoran yang terlibat :


                        CHOPPER GARAGE KELANTAN (CGK) 
                           VERSATILE KELANTAN BIKERS (VKB) 
                                                 WALI 7 
                              GIATMARA GARAGE BACHOK 
                          VULCAN S KELANTAN BIKERS (VSKB) 
                                            9 DRAGONS
                            ALTERNATIVE RIDING CLUB (ARC)