Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

SALAM TAKZIAH @myGIATMARA




بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته




Cikgu Rozlan Bin Razali



Dukacita dimaklumkan bahawa, Allahyarhamah Mek Binti Jusoh, ibu mentua kepada Cikgu Rozlan Bin Razali, Tenaga Pengajar Pendawai Elektrik PW4 - GM Bachok, Kelantan telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mei 2013 (Sabtu)


Bersama-samalah kita menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. 

BOLASEPAK TERTUTUP GIATMARA BACHOK




Pertandingan Bolasepak 9 sebelah Tertutup GM Bachok telah menarik minat ramai pelatih untuk menyertai kejohanan berkenaan. Ini adalah kerana pertandingan tersebut merupakan acara yang julung julung kali dipertandingkan di sini. 


Sukan yang mempunyai ramai peminat ini disertai oleh 7 pasukan daripada Kursus Teknologi Automotif, Pendawai Elektrik PW2, Pendawai Elektrik PW4 dan satu pasukan dari kakitangan GM Bachok.


Terima kasih kepada Biro Sukan GM Bachok yang diketuai oleh Mohd Nasir Bin Ghani (Pelatih PW4) berserta AJK yang membantu menjayakan pertandingan ini.