Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

BOLASEPAK TERTUTUP GIATMARA BACHOK




Pertandingan Bolasepak 9 sebelah Tertutup GM Bachok telah menarik minat ramai pelatih untuk menyertai kejohanan berkenaan. Ini adalah kerana pertandingan tersebut merupakan acara yang julung julung kali dipertandingkan di sini. 


Sukan yang mempunyai ramai peminat ini disertai oleh 7 pasukan daripada Kursus Teknologi Automotif, Pendawai Elektrik PW2, Pendawai Elektrik PW4 dan satu pasukan dari kakitangan GM Bachok.


Terima kasih kepada Biro Sukan GM Bachok yang diketuai oleh Mohd Nasir Bin Ghani (Pelatih PW4) berserta AJK yang membantu menjayakan pertandingan ini.



No comments :