Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA KE GAZA

SALAM 1MALAYSIA.

Tuan/puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai upacara pelepasan rombongan misi kemanusiaan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Abdul Azeez bin Abd. Rahim Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA di KLIA.

Butiran-butiran pelepasan misi ini adalah seperti berikut:-

FLIGHT EGYPT AIR 971 -1.00 PAGI (AHAD), 8 OGOS 2010

Upacara pelepasan akan diadakan:

Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 malam
Disempurnakan oleh : TPM atau Dato' Hishamuddin atau Brig.Jen.(B) Jamil Khir Baharom (Belum diketahui)

Pengurus dan anggota kerja GIATMARA di Selangor serta Wilayah Persekutuan yang ada kelapangan diminta hadir untuk menyertai upacara pelepasan ini.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Jabatan Perhubungan Korporat


END

MUNGKINKAH NASIB GIATMARA = IKYS ???



IKYS sepatutnya untung dalam tempoh 2 tahun? Mana punya punahsihat ekonomi yang bagi cadangan bingai macam aku? Atau hanya ingin menjual aset Yayasan Selangor bernilai lebih RM20 juta tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan aset masa depan negeri?

Sebagai salah seorang bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS, aku merasa terkilan dengan keputusan kerajaan Selangor.

Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.

Tahukah anda bahawa kelayakan minima untuk memasuki IKYS ialah seperti berikut:

1. Tamat Tingkatan Lima
2. Tahu membaca
3. Tahu menulis dan >
4. Tahu mengira

Berbanding dengan INPENS yang memerlukan kelayakan minima SPM/SPVM, IKYS menerima anak anda walaupun mereka TIDAK PERNAH BERSEKOLAH sebelum ini. (Maaf! Silap Tafsiran 20/07/2010) hanya tamat Tingkatan Lima.

Anih? Inilah kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.

Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.

Bayangkan seorang yang tidak pernah bersekolah masih berpeluang menjadi seorang Jurutera Elektrik!

Keujudan IKYS juga mampu mengurangkan kadar jenayah remaja. Tanggungjawab tenaga pengajar IKYS terlalu berat. Bayangkan sendiri jenis remaja yang belajar di sana sekiranya mereka diambil dari golongan yang berhenti sekolah, lari sekolah, dibuang sekolah dan sebagainya. Pendidikan moral yang khusus diberikan tekanan supaya apabila mereka tamat belajar akan menjadi rakyat yang berguna.

Bukankah ini satu aset kepada kerajaan negeri khususnya dan negara amnya?

Apakah kita ingin menambah peruntukan membina lebih banyak sekolah pemulihan budak-budak nakal seperti Henry Gurney's Boys School di Melaka? Sedangkan sekolah-sekolah tersebut langsung tidak memberikan keuntungan kewangan malah lebih banyak memerlukan peruntukan kerajaan?

Menyerapkan operasi IKYS ke dalam INPENS juga bermakna mengecilkan peluang pendidikan. Kampus yang dibina sebenarnya untuk menambah peluang pendidikan supaya IKYS akan terus berkembang bukannya terus menguncup.

Apabila kita membicarakan tentang untung-rugi di dalam sesuatu operasi, kita perlu melihat secara menyeluruh operasi tersebut. Walaupun IKYS ditubuhkan sejak tahun 2000 tetapi penempatan pelajar di kampus tetap baru bermula dari tahun 2009 yakni baru berusia 2 tahun. Pelaburan RM20 juta bukan dibuat berdasarkan pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh itu tetapi untuk jangka panjang. Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial yang digerakan oleh kerajaan sebelum ini untuk membantu rakyat mencapai kemajuan dan menikmati kemakmuran negeri secara rakyat yang bermaruah bukannya sebagai peminta sedekah dengan elaun bulanan atau subsidi.

Ambil contoh KTMB yang beroperasi di Kelantan. Walaupun KTMB mengalami kerugian di sana namun KTMB masih terus beroperasi untuk kemudahaan rakyat.

* Pelajar-pelajar masih boleh berulang-alik ke sekolah kerana mereka merupakan aset masa depan negara.
* Guru-guru masih boleh menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa
* Penduduk-penduduk masih boleh membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan
* Pekerja-pekerja masih boleh berulang-alik memberikan sumbangan tenaga
* Penceramah-penceramah dan pendengar ceramah juga masih boleh menggunakannya untuk meluaskan minda masyarakat

Sekiranya keuntungan diambilkira, KTMB sepatutnya telah lama menamatkan perkhidmatan di kawasan-kawasan pendalaman.

Apa yang aku nampak di sini bukannya masaalah kerugian yang dihadapi oleh IKYS tetapi kurang pelajar kerana masih belum terkenal. Walaupun kebanyakan pelajar datang dari golongan miskin tetapi mereka bukannya belajar di sana secara percuma tetapi dibantu dengan pinjaman bersyarat. Anak saudara aku sendiri memerlukan lebih RM13,000.00 dalam bentuk pinjaman untuk dua tahun di sana.

Apakah mungkin dengan menyingkirkan pelajar-pelajar tersebut memberi peluang untuk kerajaan negeri meraih keuntungan melalui penjualan aset IKYS yang bernilai lebih daripada RM20 juta tersebut? Sekiranya ini adalah tujuan sebenar kerajaan negeri, maka aku menganggap ianya adalah satu jenayah terancang dan dihalalkan. Prasarana IKYS walaupun terpencil tetapi lebih merupakan seperti satu taman perumahan kos rendah dengan kemudahan seperti berikut:

* Dewan
* Taman Selera
* Surau
* Blog Kedai
* Blog Bengkel/industri kecil
* Rumah berkembar tiga bilik (kos rendah)
* Taman permainan
* Kolam ikan
* Kawasan berpagar dengan Menara Tangki Air sendiri

Bayangkanlah nilainya kalau dijual dipasaran terbuka (atau kepada mereka-mereka yang tertentu sahaja?)

Sepatutnya kerajaan negeri membantu membina lebih banyak lagi cawangan IKYS di seluruh negeri Selangor terutama di kawasan-kawasan terpencil untuk kemudahan rakyat jelata. Sekiranya kerajaan negeri yang ada sekarang berusaha untuk memajukan IKYS maka kredibiliti pentadbiran kerajaan sedia ada akan lebih terserlah dalam membangunkan modal insan di Negeri Selangor.

Oleh itu, aku mengharapkan semua rakyat khususnya di negeri Selangor dan Malaysia amnya menyokong perjuangan pelajar-pelajar IKYS kerana perjuangan tersebut bukan sahaja untuk masa depan meraka tetapi untuk generasi akan datang. Anak saudara aku telah menamatkan latihan praktikalnya dan akan meninggalkan IKYS tidak lama lagi tetapi beliau telah berjanj akan membantu memberikan gambar-gambar prasarana IKYS tidak lama lagi. InsyaAllah, aku akan muatnaik gambar-gambar tersebut apabila aku memperolehinya secepat mungkin.

Kepada bloggers, dapatlah kiranya terus memperjuangkan IKYS di blog-blog anda terutama yang pandai menyediakan grafik untuk diletakkan diblog-blog.

Topik sama:
IKYS - INPENS tak ada tauliah?
IKYS Bagan Terap jadi PLKN tiruan?
IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

Petikan Tajuk-tajuk akhbar/Forum:

1. Utusan Online - : 300 bantah penutupan IKYS
2. Utusan Online - : Selangor tak hirau nasib pelajar miskin
3. Utusan Online - : Pelajar adakan demo bantah penutupan IKYS
4. Berita Harian Online 18/07/2010 - : IKYS kena tutup
5. Berita Harian Online 18/07/2010 - : 500 berkumpul bantah penutupan IKYS
6. Berita Harian Online 19/07/2010 - : Lebih 500 sertai bantahan aman penutupan IKYS
7. My Metro Online 19/07/2010 - : Tarik balik penutupan
8. Kosmo! 19/07/2010 - : Selangor dicabar serah IKYS
9. The Star 19/07/2010 - : Protest over closure of technical institute
10. Mforum.cari.com 19/07/2010 - : Pelajaran anak bangsa Kerajaan Selangor nafikan, IKYS ditutup
11. UMNO Online 19/07/2010 - : Jangan Tutup IKYS, Serahkan Kepada BN Untuk Diuruskan – Dr Khir Toyo
12. Bernama 18/07/2010 - : Students Fear About Their Future Following Closure Of IKYS
13. New Sabah Times 19/07/2010 - : Students' future in limbo with IKYS closure
14. Yahoo! News 19/07/2010 - : STUDENTS FEAR ABOUT THEIR FUTURE FOLLOWING CLOSURE OF IKYS
15. Malaysia-Instinct dot com - : Protest over closure of technical institute
16. Malaysia Zoom - : 300 bantah penutupan IKYS
17. Brunei Forum - : KEMPEN GANYANG MELAYU DI SELANGOR !
18. N9 Kini - : Kerajaan PKR Zalim

Dipetik dari TENDANG TERAJANG

ZALIMKAH KERAJAAN UMNO / BN ?

Aku berpeluang untuk mengikuti satu majlis di sebauh Pusat Giat MARA (PGM) di suatu tempat di Negeri Kedah. Bila aku kesana dan berpeluang berbual-bual dengan Pengurus PGM, aku begitu terharu sekali bila mendengar taklimat ringkas beliau.

"Tuan-tuan bayangkan, mereka ini kita kutip dari keadaan sifar harapan dan kita bentuk mereka menjadi manusia". PGM sanggup menerima mereka asal sahaja mereka ini ada kemahuan dan keazaman dengan sedikit asas 3M. Tetapi Alhamdulillah mereka ini setelah berjaya menamatkan kursus ramai yang melangkah ke tahap yang lebih tinggi yang selalunya mereka ini akan meniti IKM terlebih dahulu...."

"Tahukah tuan-tuan salah seorang eksekutif di Modenas yang kini menikmati gaji sebanyak RM17,000.00 sebulan adalah produk PGM? PGM mengutip nagoi-nagoi yang kanyiaq ini untuk di bentuk menjadi manusia berguna, jika itulah pilihan mereka, kerana ada juga mereka yang datang ke sini atas paksaan keluarga dan akhirnya kecundang, bukan kerana salah siapa tetapi kerana sikap diri."

"Dan tahukah tuan-tuan, ramai dari kalangan sub-kontraktor dan kontraktor-kontraktor berjaya adalah juga hasil produk PGM? Dan PGM tidak pernah mengaplikasikan sistem aparthied dalam pengambilannya. Parti di kesampingkan asal sahaja anak Melayu dan Bumiputera yang tercicir itu dapat kita bilas dengan ilmu kemahiran agar dapat meneroka hidup yang lebih bermakna dan bertanggungjawab"

Lalu di bisikkan kepada aku, "Ada seorang YB dari PAS datang bawa anak dia untuk kita bentuk kerana dia kata anak lelaki dia tu buat dia pening kepala, kerana walau dah di hantar ke sekolah agama dan pondok pesantren, tetapi tidak bertahan lama, akhirnya kerana dia MELAYU, PGM terima tanpa karenah, tetapi malangnya budak lelaki anak YB dari PAS itu hanya berjaya mempertahankan dirinya dalam PGM selama 4 bulan sahaja." Nak wat gena.............seterusnya