Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

" KEADAAN KESIHATAN SAYA BAIK.......ALHAMDULILLAH "


Itulah kata kata CIKGU ALIAS BIN ENDUT apabila ditanya berkenaan kesihatannya. ALIAS ( 50 tahun ) yang kini mengidap penyakit kencing manis terpaksa menggunakan kerusi roda berulang alik dari rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dengan GM Bachok.

Beliau mengidap penyakit berkenaan kira kira 10 tahun yang lalu. Justeru itulah kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga ke paras bawah lutut dan kesemua jari kaki kanannya juga terpaksa dipotong kerana dibimbangi boleh memudaratkan anggota badannya yang lain.

Bagi memastikan tahap kesihatannya bertambah baik, Alias terpaksa menggunakan hampir kesemua gaji bulanannya dengan membeli ubat ubatan.

Walaubagaimanapun keadaannya yang sedemikian tidak sedikitpun melemahkan semangat untuk terus berkhidmat mencurahkan ilmu khususnya di GM Bachok.


Oleh itu kepada rakan rakan, di dalam kita bergerak laju mengejar kegemilangan, tolehlah di sebelah, mungkin ada rakan kita yang perlukan pertolongan.

Diharap ALIAS BIN ENDUT tabah menempuh situasi sekarang dan semoga keadaan kesihatannya akan bertambah baik.

No comments :