Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

السلام عليكم
Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang anggota kerja GIATMARA Negeri Johor, Encik Apandi bin Md Noor, No. K/P 600720-08-6623, Pengurus Operasi Prima, GIATMARA Prima Pasir Gudang, telah menjalani pembedahan akibat penyakit "Left Kidney Tumor and Bleeding in Urine". Penyakit tersebut telah menyebabkan saiz buah pinggang beliau telah membesar 5 kali ganda daripada saiz asal.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan di "Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)", dan kos rawatan beliau setakat hari ini adalah sebanyak RM10, 695.00 . Kos ini akan terus meningkat memandangkan beliau perlu ditahan di hospital berkenaan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu minggu lagi.

Walaubagaimanapun, kos perubatan yang boleh dibiayai oleh GIATMARA hanyalah sebanyak RM3500.00 sahaja . Oleh yang demikian, dipohon kerjasama daripada semua pihak, agar dapat membantu beliau dengan menghulurkan sumbangan derma ikhlas bagi meringankan beban kewangannya dan sumbangan wang tersebut bolehlah di "Bank In" sepertimana maklumat berikut:

Nama Bank: Bank Islam
No. Akaun : 1404 1010 0585 70
Atas Nama: Badan Kebajikan GIATMARA

Mohon di fax slip pembayaran ke: 03-26980808 Att: Pn Salmah binti Wan Abd Rahman

atau

scan slip pembayaran dan email ke salmah@mara.gov.my

Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keberkatan drp Allah SWT.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dan marilah kita bersama-sama memohon limpah kurnia ke hadrat Allah SWT.. Semoga beliau cepat sembuh.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung dengan perkara yang tersebut di atas, sila hubungi kami bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi. Segala kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.


MOHAMAD MERJUKI BIN KASANWIDI
Pengurus GIATMARA Negeri Johor
GIATMARA Malaysia

Tel :+607-2244033
Fax :+607-2244031
Hp :+6019-2668762
السلام عليكم
Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Sdr. Muhammad Ruzaini bin Buang (K/P : 930729-10-5263) pelatih Kursus Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam GIATMARA Puchong, Selangor, Sesi Jan 2010 telah dimasukan ke Wad ICU (Tingkat 3, Katil No.12), Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari Sabtu 3 April 2010 disebabkan jangkitan virus (Denggi berdarah).

Keadaan beliau agak kritikal dan masih koma dari sejak dimasukkan ke wad. Sama-sama kita mendoakan kesihatan Sdr.Ruzaini bin Buang agar kembali sembuh dan begitulah harapan ibubapa beliau. Sekian harap maklum, terima kasih.

Abd Rahman Muhamad
Pengurus
GM Puchong