Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

PEMILIHAN PEMAIN KONTINJEN KELANTAN ACARA CATUR / KAROM / DART SUKAN MARA SEMALAYSIA - JOHOR


Pada 18/4/09 bertempat di auditorium MARA, Kota Bharu telah diadakan pemilihan pemain bagi acara catur, karom dan dart bagi mewakili Kelantan ke Kejohanan Sukan MARA SeMalaysia di UTM Skudai - Johor pada Jun nanti.

Bagi setiap acara tadi, hanya empat pemain dan seorang simpanan sahaja yang akan dipilih bagi menggalas cabaran Kelantan ke sukan berkenaan.

Seramai 25 orang pemain catur bersaing pada peringkat pemilihan dan lima pemain yang telah terpilih ialah :

1. Ahmad Nadzri Bin Hamzah - GIATMARA Bachok

2. Muhammad Hafiz Bin Zainuddin - Kolej Poly-Tech MARA

3. Asyrul Syafik Bin Hj Ahmad - Pejabat MARA Daerah P/Puteh

4. Mohd Tahir Bin Mat Yusof - Pejabat MARA Negeri Kelantan

5. Anan Bin Hassan - Pejabat MARA Negeri Kelantan


Bagi acara karom dan dart, menurut pengurus kedua dua pasukan senarai nama pemain akan dirahsiakan kerana ia merupakan strategi pasukan bagi mengelirukan lawan.

Lain lain acara seperti bolasepak, bolatampar, badminton dll pada peringkat pemilihan pemain bagi mewakili MARA Kelantan akan diberitahu kelak.( tunggu pengumuman seterusnya dari penulis )

Kepada yang berjaya, SYABAS.........jumpa anda di JOHOR.

INGIN MENJADI USAHAWAN BERJAYA ?


CIRI CIRI MENJADI USAHAWAN BERJAYA



Sebelum anda bergelar Usahawan, adakah anda mempunyai 13 Ciri-ciri berikut :-

01. kreatif, inovatif dan berinisiatif

02. pandai melihat dan merebut peluang

03. cekal dan berani

04. menitikberatkan kualiti

05. berorientasikan kecekapan

06. mempunyai komitmen tinggi terhadap kerja

07. berorientasikan pengetahuan

08. berorientasikan perancangan

09. bijak menyelesaikan masalah

10. berkeyakinan tinggi

11. mempunyai ketegasan diri dan penuh berhikmah

12. pandai meyakinkan orang lain

13. bijak berkomunikasi dan bijak mempengaruhi orang lain

PEMBINAAN WIM PERINGKAT ZON PANTAI TIMUR

Semakan akhir WIM Kursus Pendawaian Elektrik (PEL04) PERINGKAT ZON PANTAI TIMUR telah diadakan di GIATMARA Kota Bharu pada 23 - 24 Mac 2009. Secara keseluruhannya 95% WIM yang diamanahkan kepada ZON PANTAI TIMUR telah siap dibina dengan kerjasama semua Tenaga Pengajar yang terlibat, baki 5% lagi akan disiapkan dalam masa terdekat. Dalam semakan akhir berkenaan, Penyelaras ( Rozlan Bin Razali - GMKB ) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat :

1. Pengurus Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang

2. Pegawai PPI Kelantan

3. Rosalman Bin Rosli - T/Pengajar PE GM KOTA BHARU

4. Wan Ahmad Bin Wan Jusoh - T/Pengajar PE GM P/CHEPA

5. Ahmad Nadzri Bin Hamzah - T/Pengajar PE GM BACHOK

6. Rosli Bin Salleh Tenaga - T/Pengajar Kanan PE GM T/MERAH

7. Mohd Zardi Bin Zakaria - T/Pengajar PE GM SETIU

8. Kamaruddin Bin Mohamed - T/Pengajar Kanan PE GM K/TELEMONG

9. Ramlee Bin Deraman - T/Pengajar PE GM KIJAL

10.Ismail Bin Mahmud - T/Pengajar PE GM RAUB

yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam pembinaan WIM ini.





" KEADAAN KESIHATAN SAYA BAIK.......ALHAMDULILLAH "


Itulah kata kata CIKGU ALIAS BIN ENDUT apabila ditanya berkenaan kesihatannya. ALIAS ( 50 tahun ) yang kini mengidap penyakit kencing manis terpaksa menggunakan kerusi roda berulang alik dari rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dengan GM Bachok.

Beliau mengidap penyakit berkenaan kira kira 10 tahun yang lalu. Justeru itulah kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga ke paras bawah lutut dan kesemua jari kaki kanannya juga terpaksa dipotong kerana dibimbangi boleh memudaratkan anggota badannya yang lain.

Bagi memastikan tahap kesihatannya bertambah baik, Alias terpaksa menggunakan hampir kesemua gaji bulanannya dengan membeli ubat ubatan.

Walaubagaimanapun keadaannya yang sedemikian tidak sedikitpun melemahkan semangat untuk terus berkhidmat mencurahkan ilmu khususnya di GM Bachok.


Oleh itu kepada rakan rakan, di dalam kita bergerak laju mengejar kegemilangan, tolehlah di sebelah, mungkin ada rakan kita yang perlukan pertolongan.

Diharap ALIAS BIN ENDUT tabah menempuh situasi sekarang dan semoga keadaan kesihatannya akan bertambah baik.

PKM ( ELEKTRIK ) PERINGKAT PRA LAYAK NEGERI KELANTAN

Pertandingan Kemahiran Malaysia Bagi Kursus Pendawai Elektrik peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 9hb April bertempat di GM Kota Bharu.


Pertandingan yang diadakan bertujuan memilih seorang peserta yang akan mewakili Kelantan pada peringkat akhir di Perlis pada Julai nanti.


GM yang terlibat dalam menghantar calon ke pertandingan berkenaan ialah :

1. GM Kota Bharu
2. GM Pengkalan Chepa
3. GM Bachok
4. GM Tanah Merah
5. GM Pasir Mas
6. GM Jeli
7. GM Rantau Panjang


Pertandingan berkenaan yang turut disaksikan oleh PPI Kelantan, dimenangi oleh GM Jeli ( Tempat Pertama ), GM Kota Bharu ( Tempat Kedua dan Ketiga ), GM Rantau Panjang ( Tempat Keempat ), GM Tanah Merah ( Tempat Kelima ), GM Bachok ( Tempat Keenam ) dan GM Pasir Mas ( Tempat Ketujuh )