Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

HABA KOMPUTER BIMBIT ROSAKKAN KULIT


Meletakkan komputer bimbit di atas peha secara kerap dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan 'sindrom kulit hangus' iaitu keadaan kulit yang berbintik akibat pendedahan terlalu lama kepada haba, menurut laporan perubatan.

Dalam kes terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun melaporkan keadaan kulit pada peha kirinya yang bertompok-tompok dan kehilangan warna selepas bermain permainan komputer beberapa jam setiap hari selama beberapa bulan.

Kesan buruk haba komputer bimbit terhadap kulit berlaku kerana suhu bahagian bawah komputer bimbit boleh mencecah 51 darjah Celcius.

Pengeluar komputer bimbit termasuk Apple, Hewlett Packard dan Dell memperingati pengguna supaya tidak meletakkan komputer di atas kulit yang terdedah untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan kulit terbakar.