Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

GIATMARA Gerak Skuad Teknikal

SEBAHAGIAN daripada 300 kakitangan dan pelajar GiatMara negeri yang menyertai kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir di Kampung Gajah, Perak, semalam.
PASIR SALAK 20 Jan. - GIATMARA akan menggerakkan skuad teknikal ke kawasan yang teruk dilanda banjir di seluruh negara bagi membantu membaiki rumah, motosikal serta peralatan elektrik yang rosak.
Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Mohd. Rosdi Ismail berkata, setakat ini, skuad tersebut telah ke Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma. Jelas Mohd. Rosdi, perkhidmatan itu merupakan antara kerja sukarelawan yang dirangka pihaknya bagi meringankan beban mangsa banjir yang trauma dengan bencana alam itu.

“Selain itu, lebih 1,500 anggota skuad 'GiatMaraPeduli' digerakkan ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bagi membantu kerja penyerahan bantuan dan pembersihan. 
“Skuad teknikal yang bakal menyusul pula merupakan fasa ketiga. Kita akan menggunakan kemahiran yang dimiliki kakitangan dan pelajar dalam 55 bidang yang dimiliki untuk membantu segala yang diperlukan mangsa banjir tersebut.
“Ini termasuklah membaiki motosikal, mesin jahit, perkakas elektrik serta kerja-kerja yang mungkin ringan pada mata sesetengah orang seperti menggunting rambut. “Yang penting kami mahu mangsa banjir rasa gembira,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyertai kerja membersihkan premis awam dan rumah penduduk Kampung Kepala Pulau, Kampung Gajah dekat sini yang teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini. Sebanyak 300 kakitangan dan pelajar GIATMARA  seluruh negeri ini menyertai kerja-kerja pembersihan yang dilakukan sejak pukul 11 pagi.bYang turut hadir Pengarah GIATMARA  negeri, Kapten (B) Azaman A. Samad dan timbalannya, Rosman Ibrahim.
Jelas Mohd. Rosdi, perkhidmatan membaiki tersebut akan dilakukan pihaknya dengan bantuan pembesar kampung terlibat supaya hanya mereka yang benar-benar layak dapat dibantu. “Kita akan edarkan kupon kepada ketua atau pembesar kampung dalam kuantiti tertentu dan beliau akan mengagihkannya kepada mangsa terlibat.
“Mereka yang mendapat kupon ini boleh pergi ke tempat yang kita wujudkan untuk membawa barang-barang yang rosak itu. Jangan risau, semua perbelanjaan termasuk alat ganti, kita tanggung,” katanya.
Sumber Berita Utusan Online

PEDULI BANJIR







HEBAHAN DAN MAKLUMAN

Dimaklumkan Perjumpaan Ibubapa/Penjaga Pelajar GIATMARA Bachok sessi 1/2015 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Januari 2015
Hari : Isnin
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : GIATMARA Bachok

Tujuan perjumpaan adalah untuk merapatkan hubungan Ibubapa/Penjaga dengan pihak Pengurusan GIATMARA Bachok agar perlaksanaan pembelajaran Pelajar-pelajar dapat sama-sama dipantau oleh Ibubapa/Penjaga.

Aturcara Majlis

1. Ucapan dan Taklimat oleh Pengurus GIATMARA Bachok
2. Taklimat Perlaksanaan Kokurikulum di GIATMARA Bachok Oleh Pengerusi Kokurikulum
3. Sessi Dailog bersama Ibubapa/Penjaga

Kehadiran Ibubapa/Penjaga amat-amat dihargai.

Pengerusi Hal Ehwal Pelajar
GIATMARA Bachok.

BAH KUNING 2014








GIATMARA Bachok Laksana Program Pasca Banjir

GIATMARA Bachok telah melaksanakan program pasca banjir bermula 1 Januari 2015 hingga 10 Januari 2015, yang dipecahkan kepada dua program, iaitu skuad pembersihan dan skuad servis kereta serta motorsikal secara percuma.

Skuad perbersihan diangotai oleh pelatih Kursus Pendawaian Elektrik PW4 bersama angota masyarakat dan agensi kerajaan membersih Sekolah Rendah Kebangsaan Penambang dan bersama KKTM membersih Masjid Kg. Penambang dan penduduk kampong sekitar Kg. Penambang.

Manakala skuad servis kereta dan motosikal secara percuma disertai oleh pelatih Kursus Teknologi Automotif, diadakan di GIATMARA Bachok. Program ini dilaksanakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Rata-rata penduduk yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Berikut gambar-gambar sekitar program bantuan pasca banjir.


























Minggu Suaikenal Pelajar Sessi 1/2015


Minggu Suaikenal Pelajar merupakan program tahunan yang dilaksanakan setiap kali pelajar baru diambil. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru yang mendaftar di GIATMARA Bachok. Program minggu suaikenal difokuskan kepada pendedahan Peraturan semasa berada di GIATMARA, aspek disiplin pelajar, suasana pembelajaran yang akan ditempuh dan kokurikulum. Minggu suaikenal ini dikelola oleh Cikgu Ahmad Nadzri Bin Hamzah selaku Pengerusi Program Minggu Suaikenal.

Seramai 82 orang pelajar baru dan 15 orang pelajar sedia ada telah mengikuti program minggu suaikenal kali ini yang diadakan selama 5 hari 1 malam di GIATMARA Bachok. Berikut gelagat pelajar sepanjang program minggu suaikenal berlangsung.