Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN
PROTON PERDANA BARU

Proton Holdings Bhd. dengan rasminya telah mengesahkan perbincangan dengan Volkswagen (VW) dan keputusannya akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu.

"Kami akan membuat pengumuman bila tiba waktunya, mungkin dalam tempoh satu atau dua minggu,” kata Pengerusinya, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh apabila ditanya mengenai keputusan perundingan Proton-Volkswagen.

GIATMARA PERLUAS PROGRAM SALE 2 U

GiatMara Malaysia bercadang memperluaskan program keusahawan Giat Mara Sale 2 U ke peringkat kebangsaan sekiranya program itu mendapat sambutan menggalakkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd. Halim Mansor berkata, pihaknya perlu terlebih dahulu perlu menyediakan satu kertas kerja berhubung kebaikan dan keberkesanan program tersebut.

''Ini cadangan yang baik kerana ia mampu menjadi landasan untuk mengetengahkan lepasan Pusat GiatMara ke dalam realiti perniagaan.

''Oleh itu, kami sedang mengkaji dan menilai keberkesanan program ini, selain perlu mendapatkan kelulusan daripada ahli lembaga pengarah sekiranya ia mahu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan GiatMara Sale 2 U, di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Intan Baiduri, Kepong di sini hari ini.

Abd. Halim ditanya mengenai kemungkinan Pusat GiatMara memperluaskan program itu ke luar Kuala Lumpur memandangkan sambutan hangat sewaktu ia diadakan di Titiwangsa sebelum ini.

Program di Kepong itu merupakan yang kedua dianjurkan dan akan diadakan secara bergilir-gilir di kesemua Pusat GiatMara di Kuala Lumpur.

''Kita mempunyai 10 Pusat GiatMara di Kuala Lumpur dan melalui program ini kita akan dapat melahirkan usahawan yang mampu menghasilkan produk-produk komersial," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyasarkan kutipan jualan sebanyak RM6,000 sepanjang program sehari itu berlangsung.

''Angka ini bukan sesuatu yang mustahil," ujarnya.