Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN
MEMOHON SUMBANGAN
KEBAKARAN RUMAH KAKITANGAN MARA

Adalah dimaklumkan bahawa kediaman Cik Norhazira binti Ismail bersama keluarganya di alamat 4171, Kampung Sungai Kerayong, Off Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur telah terbakar pada 28 Jun 2010. Beliau adalah Pembantu Tadbir Sambilan di Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU). Kebakaran tersebut telah mengakibatkan beliau serta keluarga tinggal sehelai sepinggang.

2. Sehubungan dengan itu, bagi meringankan beban yang ditanggung, kerjasama semua warga kerja MARA adalah dipohon untuk menghulurkan sumbangan dengan cara berikut:

(i) Wang Tunai atau Pakaian (dalam keadaan baik)
(ii) Cek Berpalang

* atas nama Koperasi BUMIRA Berhad
* sila tulis perkataan ' Sumbangan Cik Norhazira bt Ismail' serta nama pengirim

(iii) Perbankan Terus (mohon di faxkan salinan slip pembayaran kepada Bahagian Hal Ehwal Korporat)

* atas nama Koperasi BUMIRA Berhad
* dengan menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad
* No. Akaun 14041010043987


3. Semua sumbangan hendaklah dihantar kepada:-

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Korporat
Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 - 2692 4035
03 - 2690 3653/3968
No. Fax : 03 - 2692 7386

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam memberi sumbangan tersebut pada atau sebelum 12 Julai 2010 diucapkan ribuan terima kasih.

No comments :