Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

PERTUKARAN KAKITANGAN

Pada Jun 2008, Cikgu Rosdi Bin Hamat seorang guru PE daripada GM Bachok telah dilantik sebagai Pegawai Peralatan di GM Negeri Kelantan.

Warga GMBC amat terasa akan ketiadaaan beliau kerana Cikgu Rosdi merupakan seorang yang mengambil berat akan masalah rakan rakan disamping merupakan antara orang lama di sini.

Beliau telah berkhidmat dengan GMBC selama hampir 20 tahun dan pengalaman yang sedemikian lama belum sepenuhnya kita timba daripada Cikgu Rosdi.

Namun kita juga merasa amat terharu di atas perlantikan beliau kerana ini merupakan penghargaan kepada GMBC ke atas wargakerjanya.

Kekosongan tenaga pengajar PE telah digantikan dengan Cikgu Azami Bin Zakaria daripada GM Jeli. Beliau juga tidak kurang hebatnya. Hampir 15 tahun bersama GIATMARA, tentunya banyak asam jawa dan garam bersama beliau.

Cikgu Azami memulakan kariernya sebagai tenaga pengajar PE pada awal 90' an di Pusat GiatMARA Batu Gajah.

Setelah hampir 9 tahun berada di Perak bermula dari 1994, Cikgu Azami memohon untuk berpindah ke mana mana GM di Kelantan.

Permohonannya untuk berpindah diluluskan dan beliau ditempatkan di GM Jeli. Seterusnya Azami sekali lagi memohon perpindahan ke GM Bachok setelah mengetahui berlaku kekosongan bagi tenaga pengajar PE dan sekali lagi permohonannya diluluskan.

Beliau mula bertugas di Bachok pada Jun 2008.

Diharap ilmu dan pengalaman berharga yang dimiliki Cikgu Azami dapat kita gandingkan demi membantu anak bangsa. Insyallah.

No comments :