Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN
PENSTRUKTURAN SEMULA MARA

Shafei memerhatikan seorang pelatih GIATMARA sedang membaiki motosikal


Perubahan dibuat bagi perbaiki kelemahan berdasarkan KPI

SEMPORNA: Beberapa kelemahan Mara meningkatkan kemampuan Bumiputera dalam bidang pelajaran dan keusahawanan akan diatasi melalui penstrukturan semula Mara, awal tahun depan.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna agensi kerajaan bertanggungjawab meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam kedua-dua bidang itu gagal berfungsi, sebaliknya lebih bersifat melaksanakan pembaharuan sebagai sebahagian daripada indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kertas cadangan penambahbaikan akan dibentangkan tahun depan sebelum diteliti pada peringkat kementerian.

"Kita tidak mahu melihat Mara sebagai payung Bumiputera. Sebaliknya, kita mahu program pelajaran dan keusahawanan Mara benar-benar mencapai matlamat.

"Walaupun sudah mencapai pelbagai kejayaan, masih ada kelemahan yang harus kita teliti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Mara Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Semporna, di sini semalam. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Mara (Keusahawanan), Datuk Othman Ahmad.

Mohd Shafie berkata, beliau secara peribadi sudah berbincang dengan tokoh akademik dan ahli perniagaan Bumiputera yang mencadangkan beberapa usaha menambah baik Mara dilaksanakan berikutan pelbagai cabaran semasa dan akan datang di peringkat domestik serta global.

Beliau juga berkata, kementerian pada peringkat akhir meneliti cadangan memberi hak milik tanah kepada orang Asli di Semenanjung, bagi membolehkan mereka bertani secara konsisten berbanding secara nomad sekarang.

No comments :