Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

Pensyarah GM Besut maut dalam kemalangan



Pensyarah di GM Besut, Alor Lintang, maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah van dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Kampung Raja-Tembila dekat Kampung Paya Rawa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian 1.30 petang itu mangsa Norazman Mirah, 56, yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Keluang, Tembila.

"Bagaimanapun apabila sampai di tempat kejadian sebuah van yang dipandu seorang warga emas Abdullah Ismail, 67, dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan yang dilalui mangsa menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan.

"Ekoran kemalangan itu, mangsa yang tinggal di Kampung Gelam Mas Kampung Raja mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manakala pemandu van yang berasal dari Lorong Panglima Perang, Kuala Terengganu cedera di bahagian dahi serta tangan kanan dan turut dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Alfatihah untuk arwah

No comments :