Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

HADIAH ISTIMEWA BUAT GURU

SELAMAT HARI GURU

dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang

dalam tawa ada mesranya
dalam diam ada bijaksana
dalam tangannya kita terbina

semoga berbahagialah menjadi
GURU

ABG DIN KE TANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN UMRAH

SEMOGA SELAMAT PERJALANAN PERGI DAN BALIK

Haji Nording Bin Awang Noh 56 tahun adalah salah seorang warga GMBC akan berangkat menunaikan umrah pada 18 / 6 sehingga 1 / 7 / 2009 nanti. Haji Nording yang juga seorang Penyelenggara Setor merupakan antara orang lama di GMBC. Beliau berkhidmat di sini semenjak awal penubuhan lagi.

Hj Nording ataupun nama mesra di kalangan rakan rakan sebagai Abg. Din, merupakan seorang yang berdisiplin dan penuh dedikasi dalam tugasnya.


Abg. Din akan berangkat ke tanah suci nanti bersama keluarga. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik semasa melakukan kerja kerja ibadah bersama keluarga dan juga didoakan agar Abg. Din selamat pergi dan pulang hendaknya. Insyallah.

Minta Abg Din doakan di tanah suci nanti agar hajat kita untuk sampai ke sana, sebagaimana Abg Din, tercapai.

SEMAKAN DOKUMEN PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN

Semakan dokumen Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Sekatan PW 1 / PW 2 bagi sesi Peperiksaan Pendawai Fasa Tunggal 2 / 2009 Peringkat Zon Timur A telah diadakan di GM B achok pada 13 / 5 / 2009.

Semakan dokumen berkenaan telah dilakukan oleh Pegawai Perhubungan Industri GIATMARA Negeri Kelantan iaitu En. Wan Ismail Bin Wan Yusof bersama sama dengan Penyelaras Peperiksaan Zon Timur A iaitu Cikgu Rozlan Bin Razali.

Semakan awal ini bertujuan menetapkan kelayakan calon yang akan menduduki peperiksaan berkenaan pada Julai nanti.

GMBC menghantar seramai 9 orang calon yang berkelayakan selepas disenarai tapis oleh guru.Calon PW 2 GMBC ialah :

1. Ahmad Firdaus Bin Awang
2. Mazlan Bin Mohd Nor
3. Muhamad Zulhilmi Bin Che Mat
4. Mohd Aidil Adha Bin Ali
5. Mohd Hazeli Bin Mohd Zaid
6. Muhamad Hasrol Bin P Ramli
7. Muhamad Zulhazmi Bin Mohamad Zaki
8. Muhammad Jalahuddin Bin Awang
9. Yuzuan Bin Mohd Yusof