Ordered List
Surat Layang Di GM Bachok @myGIATMARA
Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, banyak cara boleh kita gunakan
untuk menerima atau menyampaikan maklumat. Termasuk juga untuk kita
menyebar dan mendapatkan ilmu.
Perkhidmatan pos pun sudah banyak berkurang penggunaannya.
Kalau kita tak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau terhadap
seseorang adalah amat mudah untuk kita menyampaikan rasa tidak puas hati
tersebut. Cuma kita hanya memerlukan ‘sedikit keberanian’ untuk
menyampaikannya.
Dan kita juga perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang kita
lakukan. Apa yang perlu kita takutkan jika kita di pihak yang benar ?
Sabda Rasulullah SAW :
“Katakan yang benar walaupun pahit”
Sebab itu budaya surat layang tak patut wujud lagi. Lebih-lebih lagi
di kalangan orang yang beriman. Apatah lagi surat layang yang berbau
‘ugutan’ dan fitnah semata-mata.
Budaya surat layang ini sebenarnya menyusahkan orang lain. Selalunya
maklumat atau tuduhannya palsu belaka. Si penulis biasanya hanya ingin
melepaskan geram dan dendamnya terhadap seseorang.
Mungkin juga kerana hasad dengki yang tak mampu di bendung lagi
menyebabkan penulisnya tidak dapat memikirkan baik atau buruknya surat
layang yang ditulisnya.
Surat layang juga menyebabkan tersebarnya dosa di kalangan komuniti.
Orang akan tertanya-tanya siapa yang melakukannya. Akhirnya berlaku
tuduh-menuduh, umpat-mengumpat dan benci-membenci.
Apakah penulisnya tidak merasai bahawa Allah melihat apa
yang dilakukannya ? Penulisnya juga tidak sedar bahawa dia tetap akan di
soal dan di hukum oleh Allah SWT atas perbuatannya yang menyebabkan
timbulnya fitnah di kalangan organisasi dan masyarakat.
Dicatat oleh
Unknown
MAJLIS PERTUKARAN PENGURUS GM BACHOK
En Diami Bin Yusoff
Jamuan Perpisahan En Rosmadi, mantan Pengurus GM Bachok yang berpindah ke GIATMARA Negeri Kelantan. Majlis yang sama juga mengalu alukan kedatangan En Diami Bin Yusoff, mantan Pengurus GM Jengka ke GM Bachok.
Dicatat oleh
Unknown
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)