Ordered List
PERTANDINGAN REKACIPTA & INOVASI 2009
GIATMARA Bachok akan mempertandingkan satu rekaan yg boleh dikira mampu mencabar mana2 rekacipta yg dihasilkan dan seterusnya mungkin sekurang2nya mendapat penghargaan apabila pulang nanti.
Cikgu Zulkifli Bin Abdul Ghani, selaku ketua projek bersama dengan pelatih F&D mempertaruhkan satu rekaan yg menggabungkan antara fesyen dan elemen elektrikal. Ini jarang sangat kita ketemu. Rekaan beliau merujuk kepada kemalangan jalan raya yang melibatkan pengguna motosikal kini semakin membimbangkan. Antara penyebab utama kemalangan tersebut adalah penunggang motosikal tidak mudah dikesan oleh pengguna jalan raya yang lain kerana lampu belakang yang malap dan vest/pakaian penunggang yang kurang terang.
Pakaian yang kurang terang, ditambahi pula dengan lampu belakang yang malap, menyukarkan penunggang motosikal atau basikal dikesan oleh pemandu kenderaan yang lebih besar seperti kereta dan lori, dan mungkin akan membahayakan nyawa penunggang. Alat mudah dan mampu mengatasi masalah ini melalui lampu tambahan yang dipasang pada baju penunggang/pembonceng motosikal/basikal supaya lebih mudah dilihat pada waktu malam.
Alat berupa barisan lampu LED, dipasang pada baju penunggang dan mula berkelip apabila penunggang menghidupkannya. Alat ini menggunakan bateri yang disimpan di dalam baju sebagai punca bekalan kuasanya.

Dicatat oleh
Unknown
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)