Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN PENDAWAIAN ( PW1 / PW2 ) SESI 2 / 2009

Kepada semua calon sesi 1 dan 2 / 2007 yang akan menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai ( WIREMAN ), peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 13 - 17 / 07 / 2009.

Setiap calon yang layak hendaklah melengkapkan borang GM ( PE ) 01, GM ( PE ) 02 dan ST ( PE ) 1 Pin 4 / 2002. Pada setiap borang tersebut hendaklah dilampirkan bersama :

1. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
2. Salinan Sijil Akademik Tertinggi
3. Salinan Sijil Kemahiran GIATMARA
4. Surat Akuan Majikan ( tempoh mula dan tamat latihan loji )
5. 4 Keping Gambar ( ukuran pasport )
6. Borang Q ( majikan )
7. Fee Peperiksaan

Borang permohonan yang telah lengkap, hendaklah diserahkan kepada Pejabat GIATMARA Negeri selewat lewatnya pada 08 / 05 / 2009.

PPI Negeri akan membuat semakan dengan kerjasama Penyelaras Zon bermula pada 11 - 15 / 05 / 2009.

Selamat Menempuh Peperiksaan.

PEMILIHAN PEMAIN KONTINJEN KELANTAN ACARA CATUR / KAROM / DART SUKAN MARA SEMALAYSIA - JOHOR


Pada 18/4/09 bertempat di auditorium MARA, Kota Bharu telah diadakan pemilihan pemain bagi acara catur, karom dan dart bagi mewakili Kelantan ke Kejohanan Sukan MARA SeMalaysia di UTM Skudai - Johor pada Jun nanti.

Bagi setiap acara tadi, hanya empat pemain dan seorang simpanan sahaja yang akan dipilih bagi menggalas cabaran Kelantan ke sukan berkenaan.

Seramai 25 orang pemain catur bersaing pada peringkat pemilihan dan lima pemain yang telah terpilih ialah :

1. Ahmad Nadzri Bin Hamzah - GIATMARA Bachok

2. Muhammad Hafiz Bin Zainuddin - Kolej Poly-Tech MARA

3. Asyrul Syafik Bin Hj Ahmad - Pejabat MARA Daerah P/Puteh

4. Mohd Tahir Bin Mat Yusof - Pejabat MARA Negeri Kelantan

5. Anan Bin Hassan - Pejabat MARA Negeri Kelantan


Bagi acara karom dan dart, menurut pengurus kedua dua pasukan senarai nama pemain akan dirahsiakan kerana ia merupakan strategi pasukan bagi mengelirukan lawan.

Lain lain acara seperti bolasepak, bolatampar, badminton dll pada peringkat pemilihan pemain bagi mewakili MARA Kelantan akan diberitahu kelak.( tunggu pengumuman seterusnya dari penulis )

Kepada yang berjaya, SYABAS.........jumpa anda di JOHOR.

INGIN MENJADI USAHAWAN BERJAYA ?


CIRI CIRI MENJADI USAHAWAN BERJAYA



Sebelum anda bergelar Usahawan, adakah anda mempunyai 13 Ciri-ciri berikut :-

01. kreatif, inovatif dan berinisiatif

02. pandai melihat dan merebut peluang

03. cekal dan berani

04. menitikberatkan kualiti

05. berorientasikan kecekapan

06. mempunyai komitmen tinggi terhadap kerja

07. berorientasikan pengetahuan

08. berorientasikan perancangan

09. bijak menyelesaikan masalah

10. berkeyakinan tinggi

11. mempunyai ketegasan diri dan penuh berhikmah

12. pandai meyakinkan orang lain

13. bijak berkomunikasi dan bijak mempengaruhi orang lain