Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

Pensyarah GM Besut maut dalam kemalangan



Pensyarah di GM Besut, Alor Lintang, maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah van dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Kampung Raja-Tembila dekat Kampung Paya Rawa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian 1.30 petang itu mangsa Norazman Mirah, 56, yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Keluang, Tembila.

"Bagaimanapun apabila sampai di tempat kejadian sebuah van yang dipandu seorang warga emas Abdullah Ismail, 67, dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan yang dilalui mangsa menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan.

"Ekoran kemalangan itu, mangsa yang tinggal di Kampung Gelam Mas Kampung Raja mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manakala pemandu van yang berasal dari Lorong Panglima Perang, Kuala Terengganu cedera di bahagian dahi serta tangan kanan dan turut dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Alfatihah untuk arwah

TERAPI SPA IKAN PENYEBAB HIV





Seperti yang kita ketahui, cara spa ikan berfungsi ialah dengan menghendaki orang ramai atau pesakit meletakkan kaki atau seluruh tubuh di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan-ikan kecil (ikan Garra Rufa atau ikan chin chin) yang akan memakan sel-sel kulit mati pesakit.


Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan (Fish Spa) atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.


Cara jangkitan melalui spa ikan ini ialah apabila virus atau bakteria yang dipindahkan oleh ikan-ikan tersebut dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain tanpa airnya diganti.


Jadi, jika ada pengguna yang mempunyai jangkitan HIV atau hepatitis, dan mengalami perdarahan di dalam air, risiko untuk jangkitan HIV dan Hepatitis B ke pengguna lain adalah sangat tinggi.


Untuk maklumat anda juga, rawatan kaki menggunakan teknik Spa Ikan ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.


Maknanya bukan terang-terang ianya menunjukkan bahawa terapi spa ikan boleh bawa penyakit berbahaya tetapi ada sebab tertentu. Tak salah pun nak buat terapi ikan. Untuk selamat, lebih elok kita bertanya dahulu kepada orang yang menguruskan untuk terapi ikan tersebut.